8 Ciri Fizikal Kucing Parsi

Ciri Fizikal Kucing Parsi
Ciri Fizikal Kucing Parsi

Ciri Fizikal Kucing Parsi

Kucing Parsi adalah salah satu baka kucing yang sangat popular dan menjadi kegilaan kepada pencinta kucing di Malaysia untuk dijadikan haiwan peliharaan. Dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Warna popular kucing Parsi ialah putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini. Haiwan yang comel, jinak dan penuh keletah ini juga dijadikan sebagai terapi untuk menghilangkan stress dan tekanan di tempat kerja.

Di samping itu, kucing Parsi jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti Pure Flat Face dan juga Semi Flat Face. Kucing Parsi yang mempunyai sijil kelahiran dan sijil baka yang berdaftar dari CFA adalah lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik. Ciri-ciri kucing Parsi sangat unik kerana kucing ini suka memanjakan diri dengan pemiliknya.

8 Ciri-ciri Fizikal Yang Terdapat Pada Kucing Parsi Ialah :

1. Ekor

Bulu pada ekornya tebal, lurus dan panjang yang sesuai dengan keadaan badan.

2. Bulu

Memiliki bulu yang panjang dan tebal menutupi seluruh badan.

3. Kuku

Memiliki kuku yang besar dan bulat. Kucing Parsi biasanya mempunyai jumlah lima jari di kaki depan dan empat jari di kaki belakang.

4. Kepala

Kepala kucing Parsi besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar yang memiliki kejelasan pembatas mata. Rahang mulutnya kelihatan kuat dan lebar, manakala pipi dan tulang pipi yang agak menonjol.

5. Telinga

Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan.

6. Mata

Kucing Parsi memiliki mata yang bulat, luas dan lebar.

7. Badan

Memiliki dada yang lebar dan membulat. Ini kerana bulunya yang tebal dan panjang. Bahagian punggungnya juga sedikit membulat.

8. Kaki

Kaki kucing Parsi biasanya pendek, tebal dengan bulu dan agak besar.

 

Personaliti Kucing Parsi

  • Biarpun saiznya agak besar, tetapi ketangkasannya sukar diduga!
  • Kucing Parsi sangat gemarkan sesi menyikat bulunya.
  • Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
  • Suara mereka sangat perlahan selain perwatakannya yang menyenangkan.
  • Secara umumnya mereka adalah kucing yang pendiam, tenang dan selamba.
  • Kucing Parsi juga gemar bermain dengan cara mereka sendiri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/