8 Ciri Lelaki Budiman

lelaki budiman
lelaki budiman

lelaki budiman

Apa yang dimaksudkan dengan lelaki budiman atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil gentlemen? Lelaki budiman bermaksud ciri-ciri atau sifat baik, hormat-menghormati, berbudi bahasa, maskulin (gaya dan imej) dan positif yang ada di dalam diri seorang lelaki itu. Jika semua sifat tadi digabungkan dan kesemuanya ada pada diri anda maka anda adalah salah seorang lelaki budiman yang menjadi buruan setiap gadis yang ingin mencari seorang suami yang budiman.

Ramai wanita beranggapan bahawa lelaki budiman itu adalah seorang yang kaya raya. Yang memiliki kereta sport. Tapi bukan itu yang dimaksudkan dengan istilah lelaki budiman. Kalau nak tahu macam mana kita nak kenal seseorang itu adalah seorang lelaki budiman atau tidak, cuba selidik ciri-ciri lelaki budiman dibawah ini. Kalau ada, boleh terus jadikan suami.

1. Tidak Merokok

Seorang lelaki budiman bukan seorang perokok. Merokok banyak kemudaratan dari kesihatan untuk diri sendiri dan juga orang di sekeliling. Oleh itu ketahuilah wahai lelaki, wanita tidak suka akan lelaki yang merokok. Hentikan tabiat merokok anda. Ianya hanya merugikan anda dalam pelbagai aspek.

2. Mengutamakan Pasangan Dalam Segala Hal

Istilah ‘ladies first’ selalunya digunakan oleh seorang lelaki budiman. Ini kerana dengan mengutamakan pasangan dalam segala hal seperti bukakan pintu kereta, ambilkan makanan untuk wanita dan sebagainya menunjukkan anda bukan seorang lelaki yang pentingkan diri sendiri. Atas faktor inilah menjadikan lelaki budiman ini berjaya menambat hati wanita.

3. Mudah Meminta Maaf

Lelaki budiman mudah dan cepat untuk meminta maaf andai melakukan kesalahan. Perlakuan ini sangat disukai wanita kerena wanita sangat senang bila berdampingan dengan lelaki yang tidak ego.

4. Kentut Dan Sendawa

Perlakuan seorang lelaki budiman sentiasa senonoh. Mereka tidak akan  kentut dan sendawa di depan anda mahupun di khalayak ramai. Kalau mereka hendak buat sedemikian, dia akan minta izin untuk pergi ke tandas atau tempat jauh dari orang ramai.

5. Sopan Santun

Sopan santun dengan pondan lain. Jangan sesekali disamakan dua istilah ini. Seorang lelaki yang gentlemen bukan sahaja sopan santun terhadap kekasih bahkan kepada ibu bapa mereka sendiri dan ibu bapa anda sekali.

6. Pegang Tangan

Kalau masa bercinta dulu si lelaki pegang tangan anda, ia bukan lelaki budiman tapi lelaki gatal. Tapi kalau lepas kahwin suami anda masih pegang tangan anda walaupun sudah bercucu, itulah lelaki budiman yang sebenar.

7. Ambil Berat

Lelaki budiman merupakan seorang yang bagus dalam pendengaran dan tahu teknik memujuk. Cuba anda uji si dia dengan mengadu masalah anda sama ada  ditempat kerja atau lain-lain. Kalau si dia buat tidak endah, tinggalkan dia dan cari lelaki lain.

8. Cakap Berlapik

Jarang kita dengar lelaki budiman bermulut celupar. Ya! Lelaki gentlemen pandai menyusun kata-kata. Walaupun dia terluka dengan perlakuan anda, tapi dia pandai untuk menegur secara baik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/