8 Ciri Lelaki Metroseksual

Lelaki Metroseksual
Lelaki Metroseksual

Lelaki Metroseksual

Apa yang anda tahu apa itu maksud lelaki metroseksual? Seiring arus pemodenan, lelaki juga sudah pandai bergaya. Malah, ada yang lebih bijak menata gaya daripada wanita sendiri. Inilah yang dinamakan lelaki metroseksual, lelaki yang mengikuti fesyen semasa, pandai bergaya dan memakai pakaian yang berjenama. Apa kelebihan anda sebagai seorang wanita jika punyai teman lelaki, suami, atau kekasih ‘cantik’ jenis lelaki metroseksual begini?

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 8 ciri lelaki metroseksual yang boleh anda lihat pada pasangan anda adakah mereka menepati ciri-ciri dibawah ini :

1. Kurang Ego

Bukan bererti label sebagai lelaki metroseksual menjadikan mereka tiada martabat diri dan mudah dipijak. Ego sebagai seorang lelaki masih ada, namun mereka tahu bagaimana mengawalnya. Mereka tidak kisah untuk membantu di dapur atau memegang sebentar tas tangan asalkan dapat memudahkan serta menggembirakan anda.

2. Jiwa Sensitif

Lelaki metroseksual lebih cenderung untuk memahami kelembutan jiwa yang anda miliki. Walau tidak seratus peratus faham apa yang anda lalui, mereka boleh menjadi pendengar yang baik. Mereka tahu apa yang wanita mahukan, seperti bunga di hari lahir dan makan malam romantis tanpa perlu berkira berapa banyak wang yang dihabiskan untuk anda.

3. Tahu Buat Keputusan

Ada segelintir wanita bertanggungjawab dalam penampilan pasangan mereka dan sering risau jika penampilan tidak kena majlis. Namun, jika pasangan anda adalah jenis lelaki metroseksual anda dapat mengurangkan tekanan sedia ada kerana mereka sendiri tahu apa yang patut digayakan dan berkongsi pendapat dengan anda.

4. Wanginya Dia! 

Sesetengah lelaki memandang enteng perihal kebersihan serta penampilan diri, dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang di dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar menjengkelkan. Tetapi jika berdamping dengan lelaki metroseksual, anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.

David Beckham

5. Lebih Banyak Persamaan 

Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara berkaitan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik anda untuk melakukan hobi kalian bersama! Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.

6. Punca Untuk Jadi Lebih Baik 

Sanggupkah anda untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri anda sendiri? Dengan dia di sisi, anda akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia. Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat anda untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.

7. Setia Menunggu

Lelaki metroseksual tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa yang lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala merias rambut agar sentiasa kelihatan rapi ketika bersama anda.

8. Teman Membeli-Belah 

Lelaki metroseksual sering kelihatan di kawasan beli-belah, wanitanya sibuk berbelanja sakan di dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda memilih barangan sehingga berjam lamanya. Lain pula halnya jika kekasihmu itu dari kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/