8 Fakta Menarik Dr Zakir Naik

Dr. Zakir Naik
Dr. Zakir Naik

Dr. Zakir Naik

Dr. Zakir Naik adalah salah seorang ilmuwan Islam, ulama yang terulung pada masa kini. Kedatangan beliau ke negara kita seharusnya disambut dengan tangan dan hati yang terbuka kerana kesudian beliau menyatakan kesanggupan datang ke sini menggunakan duit poket sendiri demi menyebarkan dakwah Islam. Namun kedatangan beliau tidak disenangi oleh orang-orang kafir harbi yang mendesak kerajaan supaya menghalang dan mengharamkan ceramah beliau di UTEM, Melaka.

Islam adalah agama rasmi negara yang telah termaktub di dalam perlembagaan, untuk membenarkan Dr. Zakir Naik daripada berceramah dan menyampaikan dakwah di negara kita bukanlah isu besar dan sepatutnya pemimpin kita yang mempunyai kuasa berhak memberi kebenaran tanpa mengambil peduli pihak-pihak tertentu yang sememangnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Kali ini admin ingin berkongsi 8 fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai Dr. Zakir Naik ini :

1. Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr. Zakir Naik merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr. Zakir Naik merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, Dr. Zakir Naik menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan Al Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr. Zakir Naik telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr. Zakir Naik pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr. Zakir Naik pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

Sumber: astroawani

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/