8 Golongan Penerima Zakat

Golongan Penerima Zakat
Golongan Penerima Zakat

Golongan Penerima Zakat

Penerima zakat yang berkelayakan menerima bantuan zakat adalah golongan orang-orang yang berhak menerima pemberian zakat atas sebab-sebab yang tertentu yang telah dijelaskan di dalam Al Quran. Biasanya golongan penerima zakat adalah golongan yang kurang berkemampuan, fakir miskin dan ibu tunggal yang hilang tempat bergantung, tiada pendapatan tetap dan ramai tanggungan.

Islam adalah agama yang Syumul, indah dan mudah, penerima zakat yang ditetapkan oleh Islam berlandaskan konsep yang sangat mudah difahami masyarakat dan tidak ada soal ketidakadilan dan pemberian hak sama rata wang kutipan zakat ke atas semua golongan masyarakat kerana konsepnya mudah iaitu pemberian zakat hanya kepada orang fakir miskin dan tidak berkemampuan.

Berikut dibawah ini admin ingin kongsikan kepada pembaca PB 8 golongan penerima zakat yang berhak menerima duit zakat.

1. Ibnu Sabil

Golongan penerima zakat Ibnu Sabil ini bermaksud mereka adalah para musafir yang kehabisan duit perbelanjaan untuk hidup di negara lain. Mereka berhak menerima zakat sebanyak sepertimana duit itu boleh menghantarkannya pulang ke negara asal meliputi kos duit tambang kenderaan seperti kapal terbang atau bas dengan syarat ia memerlukan di tempat di mana dia kehabisan wang perbelanjaannya.

2. Fii Sabilillah

Golongan penerima zakat Fii Sabilillah ini ialah orang yang bekerja ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan kewajipan, yang sunnah dan kebaikan-kebaikan yang lain. Selain itu orang yang berjihad ke jalan Allah seperti pergi berperang atau menjalankan kerja-kerja dakwah yang dilakukan di tempat-tempat yang sangat terpencil dan kawasan pedalaman,

3. Gharimin

Golongan penerima zakat ini adalah orang yang berhutang dan tidak mampu membayarnya. Dan disebut ada dua jenis golongan Gharimin ini :

  1. Al-Gharim untuk kepentingan dirinya sendiri, iaitu orang yang berhutang untuk menutup keperluan kepentingan peribadi dan orang-orang yang menjadi tanggungannya seperti membayar sewa rumah, makan minum, pernikahan, peralatan rumah seperti perabot. Atau orang yang ditimpa musibah sehingga kehilangan hartanya, dan memaksanya berhutang.
  2. Al-Gharim untuk kemaslahatan orang lain, seperti orang yang berhutang untuk mendamaikan dua orang muslim yang sedang berselisih faham, dan harus mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan perdamaian. Maka, sesiapa pun yang mengeluarkan perbelanjaan untuk kemaslahatan umum yang dituntut oleh agama, lalu dia berhutang untuk tujuan itu maka dia berhak sebagai penerima zakat.

4. Hamba Abdi

Golongan penerima zakat pada zaman ini sudah tidak ada atau jarang kita dengar lagi. Jika ada lagi zakat dapat digunakan untuk membebaskan orang-orang yang menjadi hamba abdi atau khadam dengan cara membantu para hamba abdi yang sedang berusaha mendapatkan sejumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh tuannya untuk pembebasan dirinya dari majikan agar hidup bebas dan merdeka atau dengan membeli hamba abdi dengan niat untuk dimerdekakan.

5. Mualaf

Golongan penerima zakat mereka yang baru memeluk agama Islam dan untuk meneguhkan lagi pegangan mereka terhadap agama Islam yang baru dipeluk. Atau untuk mencegah buruk sangka kaum Muslimin dan mengharapkan sokongan dan bantuan daripada saudara seagama yang lain.

6. Amil

Golongan penerima zakat yang bertugas sebagai pengutip zakat daripada para muzakki dan mengagihkannya kepada para mustahiq.

7. Fakir

Golongan penerima zakat yang paling utama iaitu orang miskin yang melarat hidup sebatang kara dan amat sengsara hidupnya. Tidak memiliki harta dan tempat tinggal juga tiada kudrat (uzur) untuk melakukan kerja.

8. Orang Miskin

Golongan penerima zakat ini berlainan dengan fakir tadi kerana ia tidak hidup melarat dan mempunyai kerja dan sumber pendapatan tetapi masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga kerana gaji yang kecil.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/