8 Hikmah Berwuduk

wudhu4

wudhu4

Berwuduk atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa berwuduk adalah tidak sah dan sia-sia.

Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Jangan menganggap remeh jika anda berwuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas berwuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.

Kegunaan Berwuduk

Berwuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.

Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”

Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.

RUKUN WUDUK

1.   Niat – Berniat berwuduk atau mengangkat hadas kecil ketika air sampai ke muka:

.

2.  Membasuh muka – Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.

3.  Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

4.  Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.

5.  Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6.  Tertib – Membasuh anggota dan berwuduk mengikut turutan.

SUNAT-SUNAT BERWUDUK

  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.

BATAL BERWUDUK

  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.

Perhatian:

Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, berwuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.

Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

HIKMAH BERWUDUK

1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota berwuduk.

2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.

3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.

4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.

5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.

6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.

7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.

8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota berwuduk.

 

 “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. 

Semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/