8 Jenis Bra Kesukaan Wanita

bra kesukaan wanita
bra kesukaan wanita

bra kesukaan wanita

Bra atau coli adalah pakaian dalam yang sudah menjadi pakaian wajib bagi wanita moden. Bra kesukaan wanita dapat membantu menampung payudara lebih sempurna sehingga tulang belakang tidak terasa sakit dan penat selain dapat menjaga kecantikan bentuk aset payudara anda. Cuba lihat di dalam almari anda, daripada banyak koleksi bra kepunyaan anda yang mana satu menjadi bra kesukaan anda dan kerap kali dipakai?

Baiklah, artikel kali ini admin ingin kongsikan 8 jenis bra kesukaan wanita dan mengapa wanita suka memakainya.

 

1. Push Up Bra

Push Up Bra

Wanita yang hendak payudara mereka kelihatan mantap dan besar, bra kesukaan wanita jenis ini menjadi pilihan mereka. Walaupun sesetengah wanita mengatakan mereka tidak suka bra push up ini, tapi masih ada yang menyukainya. Wanita yang memakainya sehari-hari adalah wanita yang suka tampil dalam keadaan cantik. Selain itu, anda juga seorang yang suka dimanjakan. Bukan itu sahaja, pemakai push up bra kesukaan wanita ini menunjukkan sikap wanita itu juga sebagai seorang yang gigih mencapai impian walau sesukar manapun cabaran yang terpaksa dihadapi.

2. Klasik Bra

Klasik Bra

Bra kesukaan wanita atau coli jenis ini paling banyak dipakai oleh wanita. Bra ini memiliki tali penampung yang menyamankan. Dikatakan bahawa wanita yang suka jenis bra klasik ini adalah seorang wanita yang baik dan menyenangkan. Anda tidak suka sesuatu yang pelik-pelik. Perkara utama bagi anda adalah kenyamanan. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan bahawa anda seorang yang sederhana, namun sebenarnya anda adalah seorang yang cergas.

3. Strapless Bra Atau Bra Tanpa Tali

Strapless Bra Atau Bra Tanpa Tali

Strapless bra kesukaan wanita ini adalah salah satu jenis bra yang tidak menggunakan tali. Kebiasaanya bra ini dipakai dengan pakaian yang terbuka dibahagian bahu. Bagi wanita yang suka dengan bra strapless ini, mereka seorang yang suka dengan cabaran dan lasak. Anda tidak suka dengan peraturan yang ketat. Bagi anda hidup harus dinikmati.

4. Bra Dengan Klip Dihadapan

Bra Dengan Klip Dihadapan

Selalunya klip bra kesukaan wanita ini terletak dibelakang, namun ada juga klip di hadapan yang terletak diantara 2 cup bra. Pemakaian bra jenis ini lebih mudah tapi masih ramai yang jarang memakainya. Wanita yang suka dengan bra klip dihadapan kebiasaanya mereka seorang yang unik dan mempunyai pemikiran sendiri. Anda tidak suka sesuatu yang merumitkan kerana bagi anda, waktu pantas berlalu dan ianya perlu dilalui dengan rasa nikmat. Paling penting anda selalu punyai idea yang hebat.

5. Bra Dengan Kawat Penopang

Bra Dengan Kawat Penopang

Ada yang mengatakan bahawa kalau pakai bra jenis ini boleh mendatangkan bahaya. Namun masih belum ada bukti yang mengatakan ianya bahaya. Bagi sesetengah wanita, pemakaian bra kawat ini sangat penting kerana ianya memberi kesan penuh pada dada dan membuatkan payudara lebih cantik. Wanita yang suka memakai bra jenis ini adalah wanita yang manis. Adakalanya anda menjadi seorang yang tidak percaya pada diri, namun jika anda telah menemui kepercayaan pada diri anda mampu menjadi seorang diva yang disukai ramai.

6. Bra Berbentuk Corset

Bra Berbentuk Corset

Bra corset kesukaan wanita ini adalah bra yang menampung payudara wanita disamping membuatkan perut nampak lebih langsing. Kebiasaanya bra jenis ini dipakai dalam acara-acara tertentu seperti majlis perkahwinan. Wanita yang suka memakai bra corset adalah wanita yang sukakan kesempurnaan. Adakalanya anda terpaksa menghabiskan banyak waktu dan wang demi kelihatan sempurna. Walaupun anda kelihatan sedikit angkuh, tapi sebenarnya anda seorang yang ramah.

7. Bra Dengan Corak Bunga

Bra Dengan Corak Bunga

Bagi wanita yang suka bra seperti ini, mereka mempunyai sifat kewanitaan yang sangat kuat. Adakalanya mereka pemalu tapi amat menyenangkan. Ada sesetengah wanita mengatakan bra seperti ini menyebabkan rasa gatal tapi sebenarnya ianya menggambarkan sifat tenang, mudah jatuh cinta dan ramai orang menyukai anda.

8. Sport Bra Atau Bra Untuk Bersukan

Sport Bra Atau Bra Untuk Bersukan

Bra kesukaan wanita ini sebenarnya dipakai untuk aktiviti bersukan kerana ianya memberi penampungan yang lebih baik dan menahan goncangan ketika sesi bersukan anda selain tidak menyebabkan payudara berasa sakit. Namun jangan terkejut jika ada wanita yang suka memakainya walaupun tidak bersukan. Wanita jenis ini selalunya mereka punyai tujuan hidup. Sesusah mana pun cabaran yang terpaksa dilalui, mereka tetap mencari jalan untuk menyelesaikanya. Ramai orang menyukai anda kerana anda berfikiran terbuka sekaligus menyenangkan.

Walau apa pun jenis bra kesukaan wanita yang anda pakai, tidak semesti ianya kelihatan seksi atau pun mahal namun ianya haruslah selesa mengikut bentuk jenis aset payudara anda. Tiada guna jika bra yang anda pakai nampak mahal, berjenama dan eksklusif namun tidak selesa dipakai.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/