8 Jenis Masalah Keputihan

Jenis Masalah Keputihan
Jenis Masalah Keputihan

Jenis Masalah Keputihan

Adakah anda sebagai seorang wanita mengalami masalah keputihan? Mari bersama admin kita ketahui jenis keputihan dengan membaca artikel ini sampai habis. Salah satu penyakit yang perlu dikenal oleh kaum wanita adalah masalah meputihan. Walaupun tidak semua Keputihan memerlukan rawatan, namun dengan mengenal dan mengetahui mengenainya sekurang-kurang kita dapat mengambil langkah awal apabila ia terjadi kepada kita.

Penting bagi setiap wanita dapat membezakan, masalah keputihan yang normal dan masalah keputihan yang tidak normal. Masalah keputihan vagina atau dalam bahasa perubatannya disebut leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina atau liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, pengeluaran cecair ini adalah minima serta tidak signifikan. Namun jangan pula terus membuat kesimpulan, setiap cecair yang keluar berlebihan adalah tidak normal dan merupakan petanda penyakit yang serius.

Berdasarkan simptom-simptom yang boleh dilihat dan diamati berdasarkan sifat cecair yang keluar ketika berhadapan dengan masalah keputihan. Sumber cecair boleh berasal samada dari vagina, pangkal rahim, uterus, dan juga dari tiub falopio.

1. Stress

Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir dalam kuantiti banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak datang bulan (menstruasi), ataupun rembesan hormon estrogen yang berlebihan dan ketika berada dalam keadaan stress. Masalah keputihan seperti ini juga sering dialami oleh wanita yang hamil.

2. Keradangan Serviks

Jika cecair yang keluar bersifat seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu ketara maka kemungkinan terjadi keradangan pada serviks atau pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).

3. Kesan Sampingan Rawatan Radiasi

Bila mana cecair yang keluar berwarna coklat, seakan-akan air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut mengalami gangguan pada pembuluh darah sekitar serviks, atau endometriosis dan boleh jadi merupakan  kesan sampingan kepada rawatan radiasi ketika merawat penyakit kanser. Warna coklat timbul akibat pendarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Jika perkara ini terjadi kepada anda, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.

4. Ulser Pada Vagina

Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis atau carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut mempunyai ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah dapatkan kepastian daripada doktor anda.

5. Jangkitan Bakteria

Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi jangkitan bakteria tidak spesifik (Non-specific bacterial infection). Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda.

6. Jangkitan Kulat

Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuang air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh kulat atau fungi opportunistic.

  • Candida albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterunya menyebabkan opportunistic fungus  mula menyerang.
  • Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-kulat (Tablet Fluconazole, Tablet vagina Clotrimazole, Krim Candid V) samada dengan cara di makan ataupun dengan menggunakan pessari (ubat yang dimasukkan secara terus kedalam vagina) akan diberikan oleh doktor.

7. Jangkitan Kuman Protozoa

Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

8. Jangkitan Kuman

Akhir sekali, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, ngilu sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya dengan menggunakan antibiotik dari kumpulan penicillin. Masalah keputihan ini juga memerlukan nasihat dan pengesahan dari doktor.

Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak perbezaan pelbagai jenis masalah keputihan. Bolehlah dijadikan panduan awal tentang apa yang perlu dilakukan jika mengalami  salah satu dari gejala atau simptom tersebut. Walaubagaimanapun, masalah keputihan normal, walaupun tidak membahayakan nyawa, admin yakin ramai berasa tidak selesa bila mengalaminya. Keputihan pastinya akan menyebabkan kita rasa rendah diri kerana kita risau kalau-kalau orang berdekatan dengan kita terhidu bau yang kurang menyenangkan itu.

P/s: Segala maklumat yang disiarkan adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Tidak boleh digunakan untuk menggantikan nasihat daripada doktor anda. Maklumat bukan bertujuan untuk mendiagnose, mahupun merawat penyakit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/