8 Jenis Teh Dan Kebaikannya

Jenis Teh Dan Kebaikannya
Jenis Teh Dan Kebaikannya

Jenis Teh Dan Kebaikannya

Teh adalah minuman kegemaran ramai dan dinikmati ketika minum petang sama ada di rumah, di kedai atau warung-warung dan juga tempat kerja. Namun tahukah anda teh ada banyak jenis dan setiap jenis itu mempunyai khasiat dan kebaikan kepada manusia.

Mungkin rata-rata di antara anda yang lebih menggemari kopi berbanding teh. Antara minuman yang tertua di dunia, ia sememangnya terkenal dengan sifat anti-oksida. Berikut merupakan khasiat teh, menurut kajian daripada Jean Mayer Human Nutrition Research Center di Amerika Syarikat.

Baiklah, mari kita lihat 8 jenis teh dibawah ini dan kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan manusia.

1. Thyme

Anda mempunyai masalah resdung? Amalkan meminum teh thyme setiap hari. Ia mampu melegakan rasa gatal yang keterlaluan pada hidung serta mengurangkan rasa kurang selesa akibat hingus yang kerap mengalir.

2. Rosemary

Daunnya banyak digunakan untuk ketika memasak untuk memberi rasa yang eksotik pada makanan dan tehnya pula mampu memelihara pembuluh darah anda serta memastikan pengaliran darah ke seluruh badan berjalan dengan lancar. Ia dipercayai dapat meredakan sakit kepala.

3. Chamomile

Teh ini sangat bagus untuk menenangkan fikiran, mengatasi kegelisahan dan memberikan anda tidur yang nyenyak. Sekiranya diamalkan, ia mampu melancarkan pencernaan dan melegakan sakit perut.

4.  Peppermint

Sangat berkesan mengurangkan stres. Kandungan kalsium, potassium dan vitamin B yang terdapat di dalam teh ini boleh mengurangkan masalah sembelit dan memaksimumkan penggunaan otak. Selain daripada itu, ia bagus untuk kesegaran mulut.

5. Hibiscus

Teh bunga raya dikatakan mampu menjaga dan memperbaiki metabolisme tubuh. Ia turut mampu menurunkan tekanan darah kepada mereka yang hipertensi.

6. Juniper

Teh ini bukan sahaja agen detoks yang baik malah ia mampu menjadi antiseptik yang mencegah radang pada pundi kencing. Ramai yang percaya teh ini boleh menyembuhkan flu.

7. Teh Hijau

Sememangnya teh hijau merupakan kegemaran mereka yang sedang berdiet kerana ia terkenal dengan kandungan anti-oksida yang tinggi yang mampu melancarkan metabolisme badan serta meningkatkan daya imun seseorang.

8. Lemon Balm

Sekiranya anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, minuman ini wajib dijauhi kerana ia akan membuatkan perut anda menjadi lapar. Bagi mereka yang mempunyai masalah selera makan dan mahu menaikkan berat badan, jadikan ia sebagai minuman harian anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/