8 Keburukan Monosodium Glutamate

Keburukan Monosodium Glutamate
Keburukan Monosodium Glutamate

Keburukan Monosodium Glutamate

Pernah tak korang makan Monosodium Glutamate? Hmm.. mungkin ada yg akan jawab pernah dan lebih ramai yang jawab tak pernah… dan sebahagian lagi mungkin jawab entah.. hehe.. Sebut jer monosodium glutamate nie satu benda makan yg melekat kat kepala otak ialah ‘maggie mee’..! admin nie satu masa dulu memang hantu maggie pun.. ahaks..

Monosodium Glutamate atau lebih popular ngan nama MSG (E621) adalah bahan kimia yang dicampurkan dalam makanan tawar untuk menyedapkannya. Selain tu Monosodium Glutamate juga digunakan sebahagian bahan yang dimasukkan dalam makanan yang telah diproses untuk mengembalikan ‘perisa’nya yang hilang semasa pemprosesan.

MSG nie bolehlah dikategorikan sebagai bahan penambah perisa. Ia adalah bahan kimia yang kurang berperisa dengan sendirinya, tapi apabila ia dicampurkan atau digabungkan dengan bahan lain, ia akan menambah perisa atau dan baunya.

Biasanya ia akan dicampurkan dalam kebanyakan sup yang diproses dan dipaket, mi perisa, sos, kentang goreng, sosej, keju, biskut tawar, kicap makanan segera dan banyak lagilah makanan lain yang selalunya diproses dan ditinkan. Wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengelak makanan atau setidak-tidaknya mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi Monosodium Glutamate.

Monosodium Glutamate adalah garam natrium asid glutamik iaitu asid amino yang terkandung dalam semua protein dan pelbagai jenis makanan. Dalam keadaan semulajadi dan bila ia digunakan sebagai protein, ia sentiasa bergabung dengan asid amino lain tanpa kelihatan mempunyai sebarang kesan buruk. Tapi apabila ia diasingkan daripada asid amino lain yang biasa terikat dengannya dan digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan, hmm… ia mungkin memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

8 Kesan Dan Keburukan Monosodium Glutamate Ke Atas Kesihatan

1. Debaran jantung

2. Sakit dan pening kepala

3. Otot mengeras

4. Rasa loya

5. Kebas pada belakang tengkuk hingga ke bahagian lengan dan belakang badan

6. Berdenyut-denyut pada bahagian muka, belakang dan lengan

7. Murung dan ‘mood’ tidak menentu

8. Dikatakan juga mampu mencetuskan asma dan neurotoksin

Oleh itu elakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan Monosodium Glutamate baca bahan-bahan yang terdapat pada label makanan dan juga tarikh luput makanan yang ingin diambil terutama sekali makanan fast food dan juga junk food.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/