8 Khasiat Kacang Buncis

Khasiat Kacang Buncis
Khasiat Kacang Buncis

Khasiat Kacang Buncis

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah ‘phaseolus vulgaris’ mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya. Dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah, pokok kacang buncis ini tumbuh secara melilit. Kacang buncis juga amat terkenal dijadikan masakan di dalam menu seharian masyarakat di negara ini. Sama ada dimakan begitu sahaja sebagai ulam-ulaman dan ada juga dimasak goreng dan dimakan bersama dengan nasi. Pasti menyelerakan apatah lagi jika dimakan sebagai ulam dan dicicah bersama sambal belacan atau sambal totok.

Ia mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang serta memerlukan pancang atau kayu untuk memanjat. Biasanya kacang buncis akan matang dan boleh dikutip dalam enam hingga tujuh minggu selepas ditanam. Kacang buncis adalah sayuran berkacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain kandungan protein, ia juga kaya dengan lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D dan juga kanji.

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 8 khasiat kacang buncis pada kesihatan tubuh badan manusia seperti yang tertera di bawah ini.

1. Meneutralkan kandungan gula dalam darah.

Kacang buncis membentu meneutralkan kandungan gula dalam darah bagi mengelakkan penyakit diabetis yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi dalam darah.

2. Membantu pertumbuhan tubuh.

Kacang buncis bagus diambil oleh kanak-kanak bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan tubuh badan. Ibu bapa boleh mula mendidik dan menerapkan anak-anak mereka supaya mengambil sayur ini sebagai amalan pemakanan.

3. Merangsang sistem antibodi tubuh.

Kacang buncis mengandungi khasiat pelbagai vitamin dan zat bagi memperkuat dan merangsang sistem antibodi tubuh bagi mencegah dan melawan penyakit.

4. Menurunkan berat badan

Kacang buncis mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

5. Menurunkan tekanan darah

Membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal metabolisme gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

6. Kandungan zat besi

Membantu penghasilan sel darah merah dalam badan.

7. Serat yang tinggi

Kandungan serat yang tinggi pada kacang buncis sangat baik untuk melancarkan pencernaan atau mencegah sebarang keradangan, serta mengubati ulser perut.

8. Menurunkan risiko diserang penyakit kanser.

Selain itu juga, kacang buncis adalah sejenis sayuran anti kanser. Mencegah lebih baik daripada merawat, jadikanlah pengambilan sayuran ini sebagai salah satu makanan di dalam keluarga anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/