8 Khasiat Kangkung

Khasiat Sayur Kangkung
Khasiat Sayur Kangkung

Khasiat Sayur Kangkung

Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar. Ia menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di Nusantara ini.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai bahan untuk kesihatan. Berikut adalah contoh 8 khasiat kangkung kepada kesihatan manusia:

1. Kaya Dengan Vitamin B dan C

Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi kesegaran kepada dan memulihkan stress. Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kankung adalah lebih tinggi daripada buah-buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak langsung Ia dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita. Jelas dan nyata bahawa sayur kangkung banyak memberi faedah dan manfaat kepada kita walaupun ada yang beranggapan sebaliknya. Kangkung juga mudah dan murah untuk didapati. Marilah kita bersama-sama mengamalkan makan kangkung untuk kebaikan kita bersama.

2. Mencegah Kencing Manis

Hasil ujian di makmal telah membuktikan bahawa ekstrak kangkung sesuai dijadikan penawar kencing manis kerana sifatnya yang anti diabetes. Fungsi ekstrak kangkung adalah menghalang penyerapan gula dalam darah.

3. Menghilangkan Kelemumur

Ambil sekurang-kurangnya seikat kangkung, rendamkannya sehingga bertukar warna. Kemudian, cuci rambut dengan air rebusan tadi. Lakukannya dengan kerap nescaya masalah kelemumur akan hilang.

4. Mengurangkan Masalah Sembelit  Pada Ibu Hamil

Mual dan sembelit adalah perkara lumrah bagi perempuan hamil. Ianya boleh diatasi dengan cara, ambil dalam anggaran seikat daun kangkung, lumatkan dan terus dimakan. Serat tinggi yang ada pada kangkung mampu menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu yang sarat mengandung.

5. Menajamkan Penglihatan

Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu menajamkan penglihatan kita. Sayur ini mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu, semakin tinggi beta karoten di dalam sayur tersebut.

6. Mencegah Insomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, bahan yang boleh menjadi penyebab kepada mengantuk. Sayur ini juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal ini kerana adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin tinggi kuantiti kangkung bila kita ambil, saraf jadi kendur. Apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih berkualiti dan lena. Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur atau insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena. Awas, mungkin kangkung tidak sesuai dimakan dengan kuantiti yang banyak jika anda di kelas atau di pejabat.

7. Mengurangkan Haid Berlebihan

Khas pada kaum hawa, jika anda mengalami haid berlebihan, anda boleh menggunakan sayur ini untuk merawatnya. Caranya : Ambil sekurang-kurangnya setengah kilogram daun kangkung segar. Cucikannya sehingga bersih, lalu ditumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan sekurang-kurangnya sekurang-kuranya satu sudu teh dan dicampurkan dengan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar.

8. Menghilangkan Masalah Kulit Gatal

Masalah kulit gatal boleh dirawat menggunakan kangkung dengan cara, ambil daun sayur yang segar ini, rebus dengan air kira-kira 5 minit, gunakan air rebusan tadi dan tuangkannya di tempat yang bermasalah tadi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/