8 Makanan Untuk Kecerdasan Otak

Makanan Tingkat Daya Ingatan
Makanan Untuk Kecerdasan Otak

Makanan Untuk Kecerdasan Otak

Siapa yang tak nak memiliki daya ingatan yang kuat, dan kecerdasan otak serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat, kan? Semua orang mahu! Apabila kita memiliki kecerdasan otak, daya ingatan kita jadi semakin kuat dan segala apa yang kita buat dapat dilakukan dengan cepat. Selain pengaruh radikal bebas, pertambahan usia seseorang juga boleh membuatkan fungsi otak dan daya ingatan semakin menurun. Jadi, sebab itulah kita perlu menjaga otak agar tetap sihat dan cerdas.

Tentunya untuk memiliki kecerdasan otak juga memerlukan makanan atau zat untuk tingkatkan daya ingatan, tetapi tidak ramai yang tahu apakah makanan-makanan yang baik dan boleh menjaga fungsi serta kecerdasan otak. Dengan makan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut kepada daya ingatan yang kuat.

Jom, mari bersama admin kita semak beberapa jenis makanan sihat yang boleh tingkatkan daya ingatan dan baik untuk kecerdasan otak kita. Antaranya adalah:

1. Jus Buah Delima

Buah delima mempunya sejuta manfaat buat tubuh, termasuk kecerdasan otak. Buah ini dipercayai dapat membuat daya fikir seseorang itu tetap aktif. Antioksidannya juga mampu melawan radikal bebas.

2. Sayur Brokoli

Sangat baik untuk mempertajamkan daya ingatan dan kecerdasan otak. Brokoli mengandungi vitamin C, antioksidan serat beta karoten yang berfungsi menjaga kesihatan otak.

3. Buah Avocado

Avocado tergolong dalam kategori buah berlemak. Namun, pengambilan dalam jumlah yang tepat boleh membantu melancarkan perjalanan darah. Selain mampu melancarkan perjalanan darah, buah ini juga sangat bagus untuk kecerdasan otak kerana ia kaya  dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi otak daripada penuaan semulajadi.

4. Telur

Telur sangat baik untuk otak kerana di dalam telur mengandungi asid amino yang sememangnya diperlukan untuk mempertajamkan otak kita.

5. Ikan Salmon

Ikan sangat baik untuk kecerdasan otak. Di dalam tubuh ikan terdapat asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 ini banyak terdapat pada ikan salmon, tuna dan sardin.  Kandungan omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk jantung, tetapi juga dapat meningkatkan fungi belajar dan memori di otak.

6. Coklat

Ternyata coklat sangat baik untuk otak kerana mengandungi ‘flavoboid’ yang mengundang pembentukan sel saraf baru pda otak yang boleh menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.

7. Pisang

Ramai yang menyukai pisang, selain bermanfaat bagi menjaga kecantikan ternyata ia juga bagus untuk mengaktifkan otak kita. Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak anda.

8. Sayur Bayam Dan Kangkung

Sayuran hijau seperti bayam juga sangat baik untuk mempertajamkan minda anda. Di dalam bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk kecerdasan otak anda. Manakala kangkung juga mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi serta sangat berpengaruh terhadap kekuatan dan daya fikir otak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/