8 Petua Kecantikan Wanita

kecantikan wanita
kecantikan wanita

kecantikan wanita

Wanita ibarat perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah yang dapat membahagiakan suaminya. Oleh itu penjagaan kecantikan wanita dari dalaman hingga di luar harus dititikberatkan untuk diseimbangkan di dalam memastikan rumahtangga harmoni dan bahagia.

Kecantikan wanita sebenarnya bermula dari dalam iaitu sikap-sikap positif yang mempengaruhi kecantikan wanita mempunyai keperibadian yang tinggi.

8 petua kecantikan wanita yang admin ingin kongsikan adalah berkenaan dengan penjagaan kecantikan wanita secara luaran iaitu penjagaan kecantikan tubuh badan :

1. Petua Kecantikan Wanita Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

2. Petua Kecantikan Wanita Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan di dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu disapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

3. Petua Kecantikan Wanita Untuk Badan Ringan Dan Bertenaga

Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

4. Petua Kecantikan Wanita Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

5. Petua Kecantikan Wanita Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

6. Petua Kecantikan Wanita Menyerikan Wajah

Jika anda inginkan wajah anda sentiasa berseri apabila dipandang orang, amalkan selawat sebanyak 3 kali setiap pagi, sebelum mencuci muka. Seterusnya sapukan air itu ke muka anda.

7. Petua Kecantikan Wanita Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka.

8. Petua Kecantikan Wanita Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil 1 biji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 4 kali.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/