8 Petua Menjaga Kebersihan Faraj

kebersihan faraj
kebersihan faraj

kebersihan faraj

Pertama sekali admin ingin memohon maaf andainya artikel mengenai petua menjaga kebersihan faraj ini menganggu sensitiviti dan menyinggung sesetengah pihak. Namun niat admin tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin memberikan kesedaran dan ilmu yang kadang-kadang pada pandangan mata kita amat remeh tetapi besar kesannya jika ianya diabaikan dan tidak dijaga dengan baik.

Apa itu kebersihan faraj yang anda tahu? Adakah ianya sejenis keputihan dan darah haid yang datang untuk dibersihkan? Jawapannya ada dibawah bagaimana anda sebagai wanita harus menjaga kebersihan faraj anda.

1. Sediakan Dan Pakai Panty Liner

Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai ‘panty liner’ untuk menjaga kebersihan faraj supaya kekotoran tidak melekat terus pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

2. Jangan Pakai Seluar Dalam Yang Ketat

Elakkan memakai pakaian atau seluar dalam ‘synthetic’¬†yang terlalu ketat di dalam penjagaan kebersihan faraj kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

3. Buang Air Kecil Selepas Melakukan Hubungan Seks

Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas melakukan hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk penjagaan kebersihan faraj wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection).

4. Kerap Membasuh Faraj Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin

Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima. Bagi wanita yang sudah berkahwin kekerapan membasuh faraj adalah penting untuk penjagaan kebersihan faraj anda.

5. Jangan Guna Sabun Atau Shower Gel

Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada faraj kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun dan jika berlaku alahan akan menyebabkan kebersihan faraj sukar dijaga.

6. Elakkan Memancutkan Air Ke Dalam Lubang Faraj

Elakkan daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan air paip ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari dalam faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

7. Cuci Faraj Menggunakan Air Mutlak

Membersihkan bahagian luar faraj selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air mutlak bagi menjaga kebersihan faraj.

8. Kerap Tukar Tuala Wanita (Pad) Ketika Datang Haid

Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita (pad) terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya untuk menjaga kebersihan faraj mereka.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/