8 Petua Miliki Rambut Lebat

Petua Miliki Rambut Lebat
Petua Miliki Rambut Lebat

Petua Miliki Rambut Lebat

Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa style rambut lebat yang kita mahu dan senang digayakan mengikut citarasa sendiri. Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, style rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi bagaimana pula dengan perempuan yang berambut jarang?

Mereka pasti pernah ada keinginan untuk memiliki rambut lebat mereka semula kan?

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan kepada semua pembaca 8 petua untuk anda miliki rambut lebat adalah seperti yang tertera dibawah ini.

1. Penjagaan Rambut Yang Baik

Lembabkan atau basahkan rambut anda dan jangan biarkan rambut anda kering untuk jangka masa yang lama. Kelembapan pada rambut memberi kesegaran kepada kulit kepala kita dan membuatkan rambut lebat dan lebih sihat.

2. Guna Syampu Rambut Herba

Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli. Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnya selepas 2 hingga 3 bulan untuk anda miliki rambut lebat. Elakkan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.

3. Vitamin Natural

Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan. Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D. Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.

4. Kacang Hijau

Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam. Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut. Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan. Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.

5. Daun Pandan

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda. Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air. Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.

6. Minyak Kelapa Hijau 

Miliki rambut lebat anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

7. Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur. Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air. Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.

8. Buah Nanas

Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari. Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam. Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.

Tips Ekstra Petua Bahagia

Tips atau petua cara untuk anda miliki rambut lebat di atas boleh anda cuba jika ingin melebatkan rambut anda. Tiada jaminan tips-tips diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan? Selain dari tips dan petua di atas, anda juga boleh pergi jumpa pakar rambut (hair specialist) seperti Yun Nam jika anda mahu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/