8 Petua Rawat Jerawat

jerawat

rawat jerawat

 

  • Bagaimanakah untuk rawat jerawat di muka? Dan berapa ramai yang tidak berkeyakinan apabila timbul jerawat dimuka.  Bukan apa…jatuh saham laa… Lagi-lagi untuk abam-abam yang belum berkahwin dan masih solo.

    Nak cari awek..tapi muka ada jerawat pulak..potong stim betul..jangan risau!!di sini admin akan berkongsi petua untuk rawat jerawat dimuka yang admin gunakan supaya muka sentiasa nampak segar, licin dan bertenaga tanpa jerawat wahh!! Gitu..

    Dengan petua rawat jerawat dibawah, lepas ni korang semua boleh jadi handsome comey macam I ok…hihi

    1. Air Kelapa Tua

    Langkah pertama untuk rawat jerawat adalah dengan bersihkan muka terlebih dahulu bersih bersih, kemudian gunakan air kelapa tua dan biarkan hingga kering. Setelah kering bilas dengan air. Amalkan 3 kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.

    2. Air Renehan Beras.

    Masak beras hingga mendidih dan ambil airnya. Kemudian biarkan sejuk seketika dan basuh muka dengan air itu. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih untuk rawat jerawat dimuka.

    3. Tepung Kanji

    Larutkan satu sudu besar tepung kanji dan air, kemudian sapukan sekeliling untuk rawat jerawat yang timbul. Tips ini boleh rawat jerawat dan pertumbuhannya terbantut tanpa meninggalkan kesan bintik hitam di muka.

    4. Daun Sireh

    Rendamkan sehelai daun sireh dalam air panas. Biarkan ia sejuk hingga daun layu. Selepas itu, ambil airnya dan cuci muka untuk rawat jerawat. Jangan lap, biarkan air kering dengan sendirinya.

    5. Daun Teh

    Didihkan daun teh yang masih hijau dalam bekas air. Selepas mendidih, ambil daunnya dan lekatkan ke bahagian muka untuk rawat jerawat. In shaa Allah jerawat akan hilang dengan cepat.

    6. Putih Telur Ayam Kampong

    Campurkan satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun bersama putih telur ayam kampong dan gaul rata. Selepas itu, sapu ke seluruh muka. Biarkan hingga kering dan bilas dengan menggunakan air suam. Amalkan 2 kali seminggu untuk rawat jerawat dimuka.

    7. Kulit Kayu Manis

    Blend kering kulit kayu manis hingga menjadi serbuk ataupun boleh dibeli dipasaraya. Campurkan madu dan kayu manis dan pakai diseluruh muka sebelum tidur. Bilas pada keesokan harinya. Untuk hasil yang terbaik amalkan 3 kali seminggu.

    8. Air Asam Jawa Dan Kunyit Hidup

    Tumbukkan beberapa inci kunyit hidup dan campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan campuran sebati dan ratakan ke seluruh muka dan biarkan selama 20 minit.Selepas itu, basuh dengan air bersih. Petua rawat jerawat ini akan mebuatkan kulit menjadi lebih halus dan bebas jerawat jika diamalkan selalu.

    Ok rasanya cukup dulu lah petua rawat jerawat yang admin bagi ni..nanti kalau banyak-banyak tak terikut plak. Lagi satu, kalau dah follow semua tapi masih jerawat disini-sana..terpaksalah habiskan duit sikit pergi pusat kecantikan muka…don’t worry..ramai dah orang lelaki sekarang pergi…anda tak akan di label sebagai tak macho dan lain-lain….hehe

    Selain 8 petua di atas alternatif lain yang sangat menjimatkan masa dan tenaga anda boleh dapatkan produk Gluta Collagen Berry’s dan Gluta Cleanser seperti gambar dibawah.

    promosi gluta

    dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/