8 Petua Tackle Isteri

tackle isteri
tackle isteri

tackle isteri

Anda ada masalah untuk Tackle Isteri ketika di atas ranjang?

Baik di sini admin ingin kongsikan beberapa petua atau tips cara yang berkesan untuk korang tackle isteri korang dan menangi hatinya sebelum melakukan hubungan seks. Ala… bukan orang lain pun isteri korang gak kan? Lumrah bagi seorang isteri yang secara semulajadi mempunyai sifat pemalu sudah sebati di dalam dirinya dan kesan daripada didikan agama dan asuhan kesantunan yang diberikan ibu bapa semenjak kecil. Oleh kerana itu sifat pemalunya itu tadi terbawa-bawa ke alam rumah tangga terutama pada peringkat awal kehidupan berdua.

Bagi si suami janganlah korang kecewa menghadapi situasi isteri yang ‘malu-malu kucing’ ini. Yang penting anda mesti memahami keadaannya sambil berusaha untuk tackle isteri serta membangkit naluri seksnya terutama pada saat intim anda berdua.

Ada isteri yang pemalu hanya di ranjang, tapi tidak pada keadaan biasa. Ini mungkin faktor keghairahan si isteri yang kurang pendedahan dengan seks sebelum kahwin. Namun ada juga si isteri yang aktif, agresif serta mudah nakal di ranjang. Untuk korang yang mempunyai isteri pemalu atau kaku ketika bersama, jangan mudah kecewa, sudah jodoh dan korang perlu rasa bersyukur untuk tanganinya dengan bijaksana cuba tackle isteri korang sekaligus membantu menyelesaikan masalah korang bersamanya.

Jangan malu-malu untuk cuba tackle isteri korang dengan cara begini :

tackle isteri

tackle isteri

 

 

1. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Ajak Mandi Bersama Sebelum / Selepas Seks

” yang, tolong sabunkan belakang abang ni abang terlupa nak bawak tuala la..”

Contoh ayat di atas adalah taktik yang boleh korang gunakan untuk ajak isteri mandi bersama. Mandi bersama suami isteri adalah salah satu langkah untuk membuang perasaan malu isteri korang. Ini kerana suasana mandi dengan keadaan terang, kawasan yang sempit serta tanpa pakaian akan menjadi lebih berkesan untuk isteri korang. Jangan sia-siakan peluang mandi ini dengan hanya mandi semata-mata. Belaian, pelukan serta sentuhan dapat membangkit keghairahan isteri. Berendam dalam tab mandi, berpelukan di bawah pancuran air, adalah waktu yang indah untuk korang nikmati. Ingat jangan pula anda kentut atau berak pun isteri tengok, potong plak stim dia. Hahaha

2. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Foreplay, Ringan-Ringan dan Kemanjaan

” Sayang, meh la rapat sini abang nak peluk anje dah lama rasanya abang tak dapat ‘bantal peluk’ segebu anje ”

Cuba goda isteri korang menerusi kata-kata romantis seperti contoh di atas. Tidak semestinya ia dilakukan di atas ranjang sebaliknya korang juga boleh melakukan di mana sahaja, ketika menonton televisyen atau di mana sahaja sekali pun, korang perlu mencuba dan terus menggodanya. Tetapi awas, korang tidak seharusnya berharap godaan semata-mata untuk membawa si isteri ke atas ranjang.

3. Tackle Isteri Korang Dengan Memberi Ciuman Cinta

” fuhh…tenang je hati abang bila dapat kiss anje tau ”

Beri ciuman penuh ghairah dan menggoda. Tunjukkan kasih sayang dan keikhlasan korang mencintainya. Biarkan bibir dan lidah korang ‘memberitahu’ cinta dan keghairahan korang terhadapnya.

4. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Mencari Hot Spot

” dulu abang belajar mengurut tau sayang, sayang cakap je sayang nak abang urut kat mane? ”

Apabila bersama isteri korang, cuba kenali bahagian tubuh isteri yang paling sensitif dan mainkan peranan korang agar si isteri mencapai kemuncak. Bagi sesetengah wanita, titik ghairahnya bukan sahaja terletak di bahagian sulitnya sebaliknya setiap bahagian tubuhnya punya sensitiviti tersendiri. Apa yang perlu korang lakukan adalah terokainya, mencari dan terus mencari.

5. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Guna Teknik Isteri Gemari

” anje suka kat atas ke atau kat bawah ye? ”

Jangan beri tekanan kepada isteri jika si dia gagal mencapai kemuncak setiap kali bersama. Tekanan hanya membuatkan isteri bertambah kecewa dan kurang bersemangat untuk mencari titik kemuncak kepuasannya setiap kali bersama. Sebaliknya cuba beri rangsangan dan semangat kepadanya dengan teknik yang disukainya yang boleh membantu si dia mengecapi nikmat sebenar.

 

6. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Fahami, Pujuk Dan Beri Kata Puji-Pujian

” Ish, ish…suka betul abang tengok sayang baring macam ni stim abang dibuatnya ”

Jika isteri korang malu, sering berselindung, enggan bertindak keterlaluan atau enggan menunjukkan perasaan atau keghairahan sebenar, korang perlu bijak menterjemah kehendak isteri korang melalui perlakuan, sentuhan, belaian, kata-kata atau apa jua tanda yang terlihat pada tubuh dan wajahnya. Jika korang mendapati si dia punya rasa malu terhadap dirinya sendiri kerana kelemahan pada tubuh, cuba tingkatkan pujian dengan ikhlas dan bersahaja. Sekurang-kurangnya pujian korang dapat memberi galakan dan membuatkan si dia bersemangat untuk memadamkan rasa malu dan seterusnya berusaha mencapai kenikmatan bersama.

7. Tackle Isteri Korang Dengan Bertanya Dan Luahkan Hasrat

” U tau tak, i dah basuh dress nipis u tu, pakai malam ni yee ”

Itu contoh ayat untuk korang luahkan keinginan atau hasrat hati korang terhadap isteri. Jika korang tidak pernah berbicara tentang seks dengan isteri, inilah masa terbaik untuk anda memulakannya. Bincangkan apa yang korang mahukan daripada perhubungan intim dengan pasangan dan cuba tanya apa yang diinginkan pasangan anda. Contoh bertanya dengan isteri adakah dia selesa dengan penampilan korang yang bermisai dan berjambang atau nak kena bercukur atau merapikannya? Jika isteri korang seorang yang pemalu dan enggan bercerita tentang keinginan seksnya secara terbuka , korang seharusnya cuba bertanya dengan cara yang lebih santai seperti bergurau. Walaupun cara korang bertanya nampak tidak bersungguh-sungguh dan sekadar untuk mencuit perasaannya, tetapi si dia tahu apa yang korang maksudkan. Hehe

8. Tackle Isteri Korang Dengan Cara Call Untuk Luahkan Keinginan Seks

” sayang, dah habis period u kan, tak sabarnya tunggu malam ni, lama dah abang ‘berpuasa’ hehe”

Itu adalah contoh ayat tackle isteri yang patut korang praktikkan bila korang call isteri korang. Bila agaknya kali terakhir korang menghubungi isteri di tempat kerja hanya untuk memberitahu bahawa korang tidak sabar menanti kehadiran malam untuk bersamanya atau sms atau whatsapp? Jika korang susah untuk melakukannya atau langsung tidak pernah berusaha untuk melakukannya sebelum ini, korang seharusnya berubah dan cuba melakukannya bermula hari ini. Cara korang ini, menunjukkan keinginan seks yang membuak-buak akan membuatkan si isteri turut merasa terangsang dan bersemangat.

Walau apa pun jenis isteri korang, bersyukurlah jodoh korang adalah dengan si dia. Jadi hargailah, cintailah, belailah & jagalah isteri korang sebaik mungkin. Alam perkahwinan pasti menyeronokkan jika dilalui dengan malam-malam yang indah. Semoga ianya bermanfaat untuk korang yang sudah berkahwin, bagi yang belum berkahwin korang boleh jadikan ini sebagai persediaan ilmu rumah tangga korang ye.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/