8 Sarapan Rendah Kalori

Sarapan Rendah Kalori
Sarapan Rendah Kalori

Sarapan Rendah Kalori

Pengambilan sarapan pagi yang rendah kalori sangat penting  kerana dengan bersarapan tubuh akan menjadi semakin sihat. Tubuh anda memerlukan tenaga yang mencukupi sebelum anda memulakan aktiviti seharian. Tambahan pula, tubuh ‘berpuasa’ ketika anda tidur lebih kurang lapan jam sehari. Bagi anda yang sedang berdiet, anda perlu bijak memilih makanan agar ia tidak merosakkan diet. Anda perlu menitiberatkan soal nutrisi dan kalori yang terdapat dalam makanan tersebut. Itupun jika anda benar-benar mahu kurus!

Sebagai langkah permulaan, jika sebelum ini anda sudah biasa bersarapan dengan makanan berat seperti nasi kerabu ataupun lontong sayur, kini sudah tiba saatnya anda bertukar menu yang lebih sederhana namun cukup mengenyangkan. Jauhi makanan yang banyak mengandungi gula kerana ia boleh membuatkan anda menjadi cepat mengantuk. Sebaliknya pilih menu sarapan rendah kalori.

Berikut di bawah ini adalah 8 sarapan rendah kalori :

1. Buah-Buahan Dan Sayur-sayuran

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar mempunyai khasiat yang luar biasa buat anda yang berdiet. Buah-buahan seperti tomato dan pisang cukup bagus. Kandungan vitamin C yang tinggi pada keduanya sangat bagus untuk sistem ketahanan tubuh. Kandungan karbohidrat yang cukup pada pisang juga dapat memberikan tenaga sekaligus melenyapkan rasa lapar. Sayuran seperti mentimun dan brokoli mengandungi air yang tinggi serta mineral lain yang bagus untuk anda yang berdiet.

2. Kacang-kacangan

Kacang-kacangan mengandungi vitamin D dan kalsium yang tinggi sehingga dapat menguatkan tulang dan gigi. Namun, kandungan rendah kalori yang terdapat pada kacang-kacangan ini sangat rendah dan sangat baik diambil oleh anda yang sedang berdiet.

3. Seledri

Secawan seledri mengandungi kurang daripada 20 kalori. Selain kaya serat dan air, seledri juga dapat mencegah kanser serviks. Caranya mudah sahaja, ambil seledri, cuci dan makan!

4. Pancake Jagung

Jika selama ini anda membuat pancake dengan menggunakan tepung gandum atau tepung segera pancake, kini cubalah membuat pancake dengan menggunakan tepung jagung. Letaklah jagung dan kacang walnut untuk isinya. Anda juga boleh menikmatinya dengan sos cili dan sedikit golden syrup.

5. Telur

Telur merupakan makanan yang ideal untuk sarapan kerana kaya dengan protein. Sebiji telur mengandungi 70 kalori dan memenuhi 13 peratus keperluan protein harian. Anda boleh membuat omelet daripada dua biji telur yang menghasilkan 150 kalori.

6. Oatmeal

Gantilah nasi putih atau roti pada ketika anda bersarapan dengan semangkuk bubur oatmeal dengan tambahan potongan buah-buahan seperti strawberi, raspberi dan blueberi. Menu ini mengandungi rendah kalori kerana diperbuat daripada biji gandum sehingga membuatkan perut terasa lebih kenyang.

7. Roti gandum Berintikan Isi Tuna

Selain mengandungi karbohidrat kompleks daripada biji gandum, anda guna akan mendapatkan protein dan lemak Omega 3 daripada isi tuna. Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran seperti salad, tomato dan mentimun yang mengandungi serat. Menu ini sesuai untuk anda yang sangat sibuk namun memerlukan sarapan rendah kalori yang tetap sihat bernutrisi.

8. Smoothies

Anda boleh menikmati sarapan pagi rendah kalori anda dengan smoothies. Campurkan secawan susu rendah lemak dengan buah-buahan seperti mangga, melon, mangga ataupun strawberi di dalam alat pengisar, dan tambahkan ais batu agar terasa lebih segar dan nikmat. Selain buah-buahan yang dapat memenuhi karbohidrat, anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada segelas susu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/