8 Sebab Lelaki Berusia Menjadi Pilihan Wanita

lelaki berusia
lelaki berusia

lelaki berusia

Sudah menjadi lumrah lelaki berusia menjadi pilihan setiap wanita yang inginkan pasangan hidup yang matang, berharta, caring, dan pandai mengaturkan masa. Berbanding lelaki muda yang jarang dijadikan pilihan sebagai pasangan kerana banyak faktor yang mengatakan golongan ini gemar berhibur, berfoya-foya, membuang masa dan tidak serius dalam sesuatu perhubungan. Wanita yang memilih lelaki berusia sebagai pasangan hidup tidak melihatnya sebagai satu penghalang walaupun jarak perbezaan umur mereka sangat ketara ibarat seperti pangkat anak dan bapa atau pangkat cucu dan atuk. Ini kerana wanita ini merasakan masa depan mereka terjamin kerana kebiasaannya lelaki berusia sudah mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kekayaan yang melimpah ruah.

Berikut di bawah admin kongsikan 7 sebab kenapa lelaki berusia lebih hot menjadi pilihan wanita :

1. Mempunyai Sumber Kewangan Yang Kukuh Dan Harta

Lelaki berusia yang matang menjadi pilihan wanita kerana faktor utama adalah kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan harta seperti rumah dan aset-aset yang lain. Bagi wanita lelaki yang mempunyai harta kekayaan boleh menjamin masa depan mereka walaupun kasih sayang dan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, namun mereka tidak berani mengambil risiko dengan memilih berkahwin dengan lelaki muda yang baru bekerja dan mengumpul aset.

2. Komitmen Yang Tinggi Dalam Perhubungan

Bagi lelaki berusia yang matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu perhubungan. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila kehilangan baru mereka menyesal dan frust menonggeng.

3. Bijak Memilih Pasangan Hidup Yang Serasi Dan Bertanggungjawab

Lelaki berusia yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang berdikari (independence), menyokong atau mendorong (supportive), bijak (smart) dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting.

4. Mengutamakan Pasangan Dan Bersikap Caring

Seorang lelaki berusia matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka mengutamakan pasangan dan bersikap caring. Bila inginkan sesuatu yang dihajati lelaki berusia ini kebiasaannya mereka akan berusaha ke arah itu. Sementara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka sahaja. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dan kehendak dahulu dan kemudian barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan keutamaan kepada kaum wanita terlebih dahulu.

5. Mempunyai Integriti Yang Tinggi

Lelaki berusia yang matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi berbanding dengan lelaki muda. Mereka akan lebih berpendirian (firm) dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian.

6. Bersungguh-Sungguh Dalam Perhubungan

Lelaki berusia yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha bersungguh-sungguh mencari inisiatif  cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!

7. Mempunyai Perancangan Yang Teliti Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

Seorang lelaki berusia yang matang akan memikirkan masa depan atau long term mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa hadapan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai “life in the moment” dan lebih memikirkan keseronokan sementara dan tanpa ada perancangan yang rapi untuk diri sendiri menentukan hala tuju hidup mereka.

8. Bijak Membahagikan Masa Ketika Bersosial

Lelaki berusia yang matang bijak membahagikan masa, waktu dan keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial dengan kawan-kawan dan kebiasaannya perjumpaan itu adalah suatu perbincangan yang bermanfaat dan berilmiah berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan banyak masa bersosial dengan kawan-kawan untuk berhibur dan tiada pengisian.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/