8 Tanda Anak Stress

tanda anak stress

tanda anak stress

tanda anak stress

Ramai yang mungkin memandang remeh masalah anak stress yang kadang-kadang kita sebagai ibu bapa hanya menganggap anak-anak masih kecil dan tiada apa yang mereka fikirkan. Namun tanggapan itu adalah satu kesilapan yang harus diperbetulkan. Anak stress disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kerana sibuk dengan pekerjaan. Bila tiba di rumah pula masa yang berkualiti tidak digunakan dengan sepenuhnya bermain dengan anak-anak kerana ibu bapa sibuk dengan gajet atau telefon bimbit melayan WhatsApp dan Facebook. Ini bukanlah rekaan dan imaginasi daripada admin sendiri tetapi ini adalah fakta dan realiti yang harus diterima oleh semua orang yang sudah berkeluarga pada masa kini.

 

Kami yakin dan percaya, zaman untuk membesarkan anak pada masa ini tidak semudah ketika kita sewaktu kecil dahulu. Ini kerana terdapat pelbagai ‘ancaman’ dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya, sedikit sebanyak mendatangkan tekanan atau stress kepada kita dan juga anak-anak kita.
Masalah tekanan atau stress seolah-olah menjadi masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Bukan orang dewasa sahaja yang mendapat serangan penyakit stress, kanak-kanak tidak terkecuali daripada mendapat masalah stress. Mungkin ada orang dewasa boleh mengalihkan stress yang dialami dengan pelbagai cara alternatif, tetapi kanak-kanak yang mengalami stres tidak dapat mengendalikan rasa tertekan yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan.
Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam dan buat perangai adalah kanak-kanak yang sedang mengalami stress. Adakah anak anda sedemikian? Cuba kita semak 8 tanda anak stress berikut:
1. Ketakutan
Tanda anak stress adalah mereka selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.
2. Mudah Menangis
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak stress yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stress.
3. Kerap Kencing Malam
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stress dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar mengendalikan rasa hendak buang air kecil.
4. Cerewet Bab Makan
Anak stress terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.
5. Susah Tidur
Petunjuk awal anak stress adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentiasa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.
6. Terlalu Aktif
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, anak stress ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.
7. Pemalu
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stress. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
8. Suka Mengamuk
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukul, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stress. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan menambahkan lagi masalah anak stress ini.
Sebagai ibu bapa anda haruslah menjadi orang yang sentiasa bertanya, berbual, mengambil berat dan memberi sepenuh perhatian kepada anak anda. Walau sesibuk mana pun anda dengan tugasan kerja di pejabat, masa dengan anak-anak jangan sekali anda abaikan. Jaga emosi mereka dan elakkan anak stress kerana jika dibiarkan ianya akan memberi kesan yang tidak baik apabila anak sudah membesar nanti.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/