8 Tanda Badan Penuh Toksin

sumber toksin
sumber toksin

sumber toksin

Apakah itu toksin? Toksin adalah sisa makanan yang tidak tercerna dan terkumpul pada badan manusia dan boleh bertukar menjadi racun. Bagaimanakah toksin yang terkumpul di badan anda akan membawa kemudaratan kepada kesihatan anda? Badan penuh toksin ialah badan orang yang jarang bersenam dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat juga kerap makan pada lewat malam.

Artikel kali ini, admin ingin berkongsi 8 tanda badan seseorang itu penuh dengan toksin.

1. Kemaruk Makan

Badan orang yang penuh toksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara pemakanannya dengan baik, malah ia menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari termasuk pada waktu malam.

2. Kulit Kusam

Badan yang penuh dengan toksin juga akan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam. Langkah untuk mengelakkan masalah kulit kusam berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan terlebih dahulu.

3. Perut Buncit

Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras, dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi atau pun buncit walaupun berat badan anda masih normal dan keadaan ini adalah kerana badan penuh toksin.

4. Mulut Berbau

Usus yang kotor akibat badan penuh toksin dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling kita.

5. Badan Letih Dan Lesu

Toksin yang terkumpul di dalam badan umpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan, menyebabkan badan kita cepat rasa letih dan lesu tidak bermaya sepanjang hari.

6. Sakit Kepala

Badan penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang atau lebih dikenali sebagai migrain. Malah ia boleh menyerang anda pada setiap hari.

7. Kembung Perut

Usus yang tidak bersih akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

8. Sembelit

Anda perlu membuang air besar dua kali sehari, bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama di dalam badan dan membawa penyakit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/