8 Tanda Kesetiaan Pasangan

setia
kesetiaan

kesetiaan

Kesetiaan merupakan salah satu faktor penting dalam sebuah hubungan rumahtangga. Kesetiaan juga menjadi sebuah tanda ikatan kasih yang kuat. Tetapi dalam mempertahankan kesetiaan, memerlukan kejujuran agar hubungan yang terjalin tidak mudah dihancurkan oleh orang lain.

Pasangan yang setia adalah pasangan yang amat sukar dicari pada zaman sekarang ini. Apakah maksud setia? Setia bermaksud seseorang itu hanya berpegang kasih dan cinta pada yang satu iaitu kepada pencipta yang Maha Esa, sesama manusia iaitu kesetiaan seorang suami terhadap isterinya dan sesama makhluk Allah yang lain seperti kesetiaan seekor kucing kepada tuannya. Kata lawan bagi kesetiaan adalah curang atau pun bermain kayu tiga yang membawa maksud menduakan orang yang dicintainya.

Berikut di bawah ini adalah 8 ciri pasangan yang setia yang boleh anda lihat pada diri dan pasangan anda.

1. Mengutamakan Pasangan
Bila berlaku sesuatu masalah atau pun kemalangan, pasangan yang kesetiaan pasangan itu diukur dengan perbuatan seperti dengan segera memberi tahu kepada pasangannya. Mereka akan mengutamakan pasangan berbanding kawan, orang tua mahupun media sosial.

2. Bersifat Terbuka
Biasanya kesetiaan pasangan akan bersifat terbuka. Mereka tidak akan menyimpan rahsia baik tentang perkara kecil dan besar. Tiada istilah rahsia di dalam kamus hidup orang yang setia pada pasangannya.

3. Selalu Buat Keputusan Bersama
Dalam satu hubungan, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang penting. Pasangan yang setia akan berbincang untuk menentukan keputusan mana yang lebih penting.

4. Berkemunikasi Secara Profesional Dengan Orang Yang Berlainan Jantina
Pasangan yang baik akan bertindak seolah-olah pasangan mereka ada disisinya. Dengan itu, mereka akan menjaga jarak dengan mereka yang berlainan jenis. Mereka juga tidak akan bermain mata, menyentuh mahupun cuba untuk menggoda.

5. Menghormati Antara Satu Sama Lain
Pasangan yang setia akan mendengarkan dengan teliti antara satu sama lain.

6. Menggunakan media sosial dengan sebaiknya
Mereka akan menjaga interaksi mereka dengan kawan yang berlainan jantina. Menjaga mata, tangan dan hati. Di laman sosial, mereka akan mengelakan untuk menggoda dan tergoda seperti chatting bagi mengelakan wujudnya ketidaksetiaan.

7. Menjaga Hal Peribadi
Pasangan yang setia akan selalu menjaga hal peribadi untuk anda dan pasangan sahaja. Jika jadi sesuatu, si dia akan cepat-cepat cari anda dan cerita segalanya kepada anda. Selain itu, pasangan setia akan menjaga perkara peribadi agar tidak bocor ke media sosial.

8. Sentiasa Beri Sokongan
Sokongan dan dorongan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Pasangan setia akan sentiasa memberikan sokongan anda. Jika ada seseorang yang memalukan anda, pasangan anda akan membela anda dan bukan ikut terketawa.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/