8 Tanda Rahim Jatuh

Tanda Rahim Jatuh
Tanda Rahim Jatuh

Tanda Rahim Jatuh

Rahim adalah anugerah Tuhan kepada setiap wanita. Di dalam organ inilah, ‘benih’ cinta antara pasangan suami isteri bersatu, membesar selama 40 minggu sebelum lahirnya ‘buah cinta’ yang menjadi pengikat kasih sayang antara dua hati.

Sebagai organ yang mempunyai fungsi ‘ajaib’ untuk melahirkan cahaya mata, pastinya tugas berat tersebut sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah jika tidak kena gayanya. Misalnya, masalah rahim jatuh atau peranakan jatuh juga dikenali sebagai prolaps  yang menjadi ancaman utama bagi wanita.

Peranakan jatuh merupakan masalah yang sering dihadapi ramai wanita. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium (ischial spine).

Punca utamanya ialah kelemahan otot-otot dan ligamen-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan oleh beberapa perkara.

Wanita yang melalui proses kelahiran lebih daripada empat kali sangat  terdedah kepada risiko rahim jatuh. Faktor lain seperti obesiti, kurang bersenam, kekurangan tisu kolagen sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh menopous dan masalah keabnormalan tulang belakang seperti ‘spina bifida’ juga mengundang masalah ini.

Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa, namun keadaannya yang teruk boleh menjejaskan masalah pada hubungan kelamin. Ini kerana masalah rahim jatuh ini ada kaitannya dengan maslah Miss V yang longgar, kurang mencengkam atau dengan kata lain hilang kenikmatannya kala melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Kelonggaran Miss V akibat kelemahan otot-otot ligament boleh menyebabkan kekuatan untuk mencengkam dan mengemut dalam proses hubungan seksual akan terganggu. Malah, hasil kaji selidik mendapati wanita yang memilki lantai pelvis yang sangat lemah biasanya menjadi punca kepada kurang kenikmatan seksual.

Sementara mereka yang mempunyai otot yang sangat kuat sering mendapat orgasma yang berulang kali. Rahim jatuh juga akan diiringi masalah lain seperti kawalan air kencing sehingga menyebabkan seseorang itu mudah terkencing ketika batuk, ketawa atau sebarang aktiviti menggunakan tenaga secara tidak sengaja.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan. Antara alternative terbaik dan selamat yang boleh diamalkan ialah dengan melakukan senaman otot lantai pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman Kegel.

APAKAH SENAMAN KEGEL??

Adalah sejenis senaman yang paling baik untuk mengetatkan kembali Miss V. ia telah dicipta oleh seorang doktor ginekologi Amerika, Dr. Arnold Kegel pada tahun 1940-an. Senaman ini pada awalnya membantu wanita hamil untuk mengawal pundi  kencing dan memudahkan kelahiran. Namun, senaman ini kini digunakan oleh lelaki untuk menguatkan otot bagi kesihatan pinggul dan membantu meningkatkan kawalan ejakulasi.

BAGAIMANA MELAKUKAN SENAMAN KEGEL???

Senaman otot lantai pelvis boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada duduk, berdiri, berbaring di lantai mahupun beraksi dengan bola. Ia elok dilakukan tiga kali sehari dengan anggaran 10 hingga 15 kemutan setiap kali. Ketika melakukan senamanini, jangan kemutkan perut, pinggang atau otot punggung. Elakkan juga mengetatkan dada dan menahan nafas ketika mengemut. Pastikan andadalam keadaan tenang. Jika anda menggunakan otot yang salah ia akan memburukkan masalah kawalan kencing yang anda hadapi.

TANDA-TANDA RAHIM JATUH :

1. Terasa sesuatu keluar dari bahagian faraj

2. Ketulan pada faraj

3. Sakit pada pelvis dan ari-ari (dragging pelvic pain)

4. Sakit belakang

5. Sakit semasa hubungan seks

6. Pendarahan faraj selepas menopous

7. Inkontinens kencing

8. Sukar membuang air kecing dan air besar

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/