8 Tips Atasi Sikap Boros

Tips Elak Sikap Boros
Tips Elak Sikap Boros

Tips Elak Sikap Boros

Apa cerita nie? Awal bulan lagi, tapi poket sudah kering! Adakah anda juga termasuk dalam kategori seorang yang boros berbelanja? Sukar mengatur belanja harian membuatkan hasil gaji anda lenyap begitu sahaja sebelum akhir bulan. Ketika mendapat gaji, memang banyak godaan yang datang. Tiba-tiba timbul keinginan untuk membeli gajet baru, produk kosmetik, baju, kasut, keluar bershopping bersama kawan-kawan dan sebagainya. Jadi, tak mustahil baru di pertengahan bulan, gaji anda sudah habis!

Segala-galanya berpunca daripada sikap boros anda sendiri. Jadilah wanita yang bijak dalam menggunakan wang. Jangan habiskan hari ini kerana masih ada lagi hari esok yang harus anda tempuhi!

Untuk mengatasi sikap boros, anda perlu melakukan beberapa cara agar gaji tak cepat habis.

1. Buat Kiraan Perbelanjaan Bulanan

Semak bahagian mana pengeluaran anda paling boros. Di samping itu,sebelum pergi ke mana-mana kompleks membeli belah, susun sendiri jadual perbelanjaan anda. Beli yang penting untuk keperluan anda. Di samping itu, sediakan waktu paling kurang sehari apabila anda mahu membeli barang yang memerlukan perbelanjaan besar. Ia akan membuka ruang untuk anda berfikir kembali untuk membeli barangan tersebut dan menilai kembali kedudukan kewangan anda.

Setelah menerima gaji, sebaiknya anda membuat anggaran yang rapi agar segala perbelanjaan anda selama sebulan itu boleh dikawal. Bayar mana-mana yang penting terlebih dahulu, kemudian asingkan sebahagian daripada wang tersebut untuk disimpan. Selebihnya gunakan untuk keperluan sehari-hari sehingga tiba gaji yang akan datang. Selain itu, anda juga boleh pisahkan wang gaji anda dalam dua tabung. Satu tabung untuk kegunaan peribadi, satu lagi tabung untuk keperluan harian. Cara ini membantu anda agar tidak belanja berlebihan.

2. Jauhi Kawan-Kawan Yang Gemar Berbelanja

Biasanya orang cenderung mengeluarkan wang kerana gagal mengawal nafsu berbelanja atau godaan daripada orang sekeliling, terutama para shopaholic .Jauhi kawan-kawan yang suka berbelanja kerana ia mengundang keinginan anda untuk berbelanja.

3. Biasakan Hidup Berjimat Cermat 

Memasak makanan di rumah lebih baik membeli di luar ataupun menikmatinya di restoran-restoran. Harganya mungkin lebih mahal jika makan di luar dan secara tidak langsung ia akan menambahkan lagi sikap boros anda yang mana pengeluaran wang anda akan mengalir dengan lebih laju.

4.Hentikan Penggunaan Kad Kredit

Jika anda benar-benar ingin mengubah sikap boros anda itu, berhenti mengeluarkan wang untuk perkara yang tidak  penting, elakkan membawa kad kredit dalam dompet supaya kredit tidak mudah untuk diakses. Gunakan wang sebijak yang mungkin.

5. Jangan Dilayan Atau tergoda Dengan Tawaran Jualan Murah

Berhenti melanggan emel yang selalu mengirimkan penawaran iklan diskaun dan penjualan barang. Godaan untuk berbelanja atau membeli bukan hanya ketika anda berkunjung ke pusat membeli belah sahaja, namun nafsu berbelanja itu tetap ada ketika anda melihat tawaran-tawaran diskaun barangan yang anda sukai. Kawal sikap boros atau nafsu berbelanja anda dan jangan terpikat dengan produk murah yang mana akan menyusahkan diri anda di kemudian hari.

6. Lakukan Sendiri

Memang lebih mudah mengupah seseorang untuk melakukan pekerjaan rumah yang anda mungkin tidak sukai. Namun, perkara tersebut akan mempengaruhi pengeluaran berlebihan yang akan menghabiskan wang. Mulai sekarang belajarlah mengurus sendiri keperluan peribadi anda,seperti mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya.

7. Lebih selektif dalam membeli barang

Ketika anda sedang menjamu mata, pasti ada saja barang yang mahu anda dimiliki atau beli. Padahal, belum tentu anda memerlukan barangan tersebut pada setiap saat. Dahulukan kepentingan utama, kemudian barulah kepentingan sekunder dan selebihnya belajarlah menabung!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/