8 Tips Fesyen Lelaki Kurus

Fesyen Lelaki Kurus
Fesyen Lelaki Kurus

Fesyen Lelaki Kurus

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni. Jadi sekarang admin nak share 8 tips berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out!

1. Tahu Jenama Sesuai

Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.

2. Warna Cerah

Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk lelaki kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.

3. Elak Pakai Corak Menegak

Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang seorang lelaki kurus, elakkan pakai corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!

4. Elak Pakai Aksesori Besar

Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang sebagai seorang lelaki kurus mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.

5. Betulkan Cutting

Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.

6. Pakai Baju Lebih Selapis

Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.

7. Pakaian Slim Fit Terbaik

Untuk lelaki kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat taw, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.

8. Elak Pakai Pakaian Longgar

Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.

P/s : Ok korang dah nampak jalan penyelesaian untuk dilema korang tu kan. Apa tunggu lagi, korang pergi laa shopping sekarang. Haha ajaklah admin sekali kalau korang murah hati ye.. Hehehe

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/