8 Tips Kecergasan Diri

kecergasan diri
tips kecergasan diri

tips kecergasan diri

Kecergasan diri adalah penting bagi setiap individu di dalam menjalani kehidupan seharian tak kira lah untuk bekerja atau melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan lain-lain. Namun untuk mendapatkan kecergasan diri bukan mudah kerana ianya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang itu.

Jika anda seorang yang rajin pergi ke gym untuk bersenam dan menjaga pemakanan di samping mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, tiada masalah anda untuk mendapatkan tahap kecergasan diri yang tinggi dan sempurna. Artikel kali ini admin ingin kongsikan 8 tips kecergasan diri yang perlu anda amalkan untuk kesihatan anda.

1-  MENGENAL PASTI CORAK LATIHAN YANG SESUAI

  • Untuk mencapai tahap kecergasan diri yang maksimum anda haruslah merangka corak latihan yang sesuai untuk dilakukan bagi membantu mengekalkan tahap motivasi dan prestasi anda. Corak latihan ini contohnya seperti senaman yang anda ingin lakukan  seperti jogging, bermain tenis dan sebagainya. Kaji selidik dahulu senaman mana yang dapat anda buat dan dapat membakar lebih kalori.

2- TARGET CORAK LATIHAN

  • Masa yang singkat untuk kurus akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan. Cuba ambil masa untuk mencapai objektif jangka masa panjang. Berat badan turun sebanyak 0.5-1 kg seminggu atau berlari 5km antara cara yang terbaik untuk kurus.

3- CATAT PROGRESS LATIHAN

  • Catat program yang anda lakukan dalam diari untuk tidak menganggu jadual kerja harian, senaman dan juga aktiviti lain. Berikan komitmen yang tinggi untuk mencapai target anda.
kecergasan diri

kecergasan diri

4- CARI TEMAN 

  • Teman untuk bersenam akan meningkatkan motivasi positif untuk bersaing atau sparing antara satu sama lain secara sihat. Hal ini untuk meningkatkan semangat kerjasama dan  mencapai objektif yang diinginkan. 2-5 orang sudah cukup untuk meningkatkan motivasi diri.

5- PERALATAN & PAKAIAN YANG SESUAI

  • Pemilihan pakaian dan alatan yang sesuai amat penting dalam meningkatkan keselesaan semasa bersenam. Hal ini juga dapat mengurangkan kecederaan semasa bersenam. Kesesuaian kasut dan alatan perlulah selaras dengan keperluan aktiviti. Contohnya jika ingin berjogging pilihlah kasut untuk berjogging dan jika ingin mendaki pilihlah kasut untuk mendaki dan sebagainya.

6-  PILIH LATIHAN YANG SESUAI

  • Pelbagai cara untuk bersenam antaranya di gimnasium yang menyediakan pelbagai jenis peralatan ataupun anda boleh bersenam di rumah, taman rekreasi, kelas senaman atau taman permainan dengan mendapatkan video senaman. Tempat terbaik untuk memulakan senaman adalah gimnasium kerana fasiliti nya lengkap dan ada jurulatih peribadi yang akan membimbing anda.

7- PILIH JURULATIH YANG BERTAULIAH

  • Bantuan jurulatih bertauliah ini boleh didapatkan di pusat kecergasan diri seperti gimnasium untuk memastikan cara senaman yang anda lakukan tepat dan mengikut kemampuan tubuh badan. Jurulatih dapat memastikan senaman anda berada dalam teknik yang betul dan dapat meningkatkan skil kecergasan anda.

8- PELBAGAIKAN AKTIVITI

  • Aktiviti kecergasan diri boleh membosankan jika anda sering melakukan aktiviti secara berulang dan setiap hari. Cuba untuk ikuti kelas latihan berkumpulan yang anda minat seperti aerobik, kick boxing, tarian latin atau bersukan bersama kawan-kawan. Dengan mempelbagaikan corak aktiviti, ia akan menjadikan senaman yang anda lakukan sebagai aktiviti rutin yang menarik dan dapat memberikan anda kecergasan diri pada tubuh badan.

Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk anda mendapatkan atau mengekalkan kecergasan diri jika tiada kemahuan dan disiplin untuk melakukan senaman atau pun workout. Ia sememangnya menuntut tahap kesabaran dan keazaman yang tinggi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/