8 Tips Mengembara

mengembara
mengembara

mengembara

Mengembara ke negara-negara luar selain untuk pergi bercuti adalah untuk mempelajari selok belok tentang budaya dan cara hidup masyarakat di sesebuah negara itu untuk dijadikan pengalaman yang berharga sekali seumur hidup. Apakah perkara asas yang perlu anda tahu sebelum pergi mengembara? Untuk yang sudah banyak kali pergi mengembara sudah tentu tiada masalah kerana mereka ini sudah melakukan persiapan rapi dengan membuat research tentang negara yang hendak dituju. Bagaimana pula dengan anda yang baru pertama kali ingin pergi mengembara?

Baiklah, artikel kali ini admin ingin kongsikan 8 tips mengembara dan apakah perkara-perkara asas yang perlu anda tahu sebelum pergi mengembara ke sesuatu tempat atau negara luar.

1. Murahkan Senyuman

Dengan sentiasa melemparkan senyuman kepada orang yang anda temui ketika mengembara akan membuatkan orang lain akan sentiasa berlapang dada sekiranya anda ingin bertanyakan destinasi yang ingin anda tuju ketika mengembara.

2. Banyakkan Membaca Dan Membuat Research

Dengan membaca dan melakukan research tentang budaya, sejarah dan agama tempat yang anda kunjungi ketika mengembara dapat membantu anda sentiasa beringat dan tidak lupa diri bahawa anda sedang berada di negara orang dan jaga kelakuan dan elakkan daripada membuatkan mereka merasa tidak selesa dan terganggu dengan kehadiran anda. Biasanya orang luar akan sentiasa diperhatikan tingkah lakunya dan itu adalah perkara normal sama seperti kita di Malaysia jika pelancong datang berkunjung kita akan tengok mereka atas bawah atas bawah macam orang jakun.. hehe

3. Kawal Emosi

Jika anda ditipu oleh penduduk setempat ketika sedang mengembara, kawal emosi anda ini kerana sikap panas baran dan tidak dapat mengawal kemarahan akibat ditipu itu tadi boleh membahayakan keselamatan anda. Ini kerana biarpun anda berada di pihak yang benar namun orang luar sentiasa dipandang negatif, oleh itu redha dan belajar dari kesilapan apa yang anda lakukan tadi sehingga mudah ditipu dan perbaikinya.

4. Timba Pengalaman 

Lakukan perkara-perkara yang menyeronokkan ketika anda mengembara dan timba pengalaman sebanyak-banyaknya. Sebagai contoh sebelum ini anda hanya lihat salji dan menonton permainan ski di tv, kali ini bila dah dapat peluang anda boleh cuba meluncur ski di tempat yang bersalji. Ianya pasti menjadi pengalaman manis yang pasti tidak dilupakan sepanjang umur hidup anda.

gambar-hadis

5. Lupakan Membeli Belah

Ketika mengembara di tempat orang, anda jangan terlalu memikirkan untuk membeli belah sebagai ole-ole untuk kenalan atau sahabat handai di tanah air. Fokus dan nikmati perjalanan anda dengan melihat tempat-tempat yang menarik.

6. Jangan Cerewet Bab Makan

Jangan terlalu cerewet bab makan ketika anda mengembara. Yang penting halal kerana sedap atau tidak itu bukan perkara yang paling utama. Anda hanya perlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan hingga sampai ke tempat yang dituju walaupun hanya mengalas perut dengan sekeping roti sahaja sudah mencukupi.

7. Solat Di Mana Sahaja

Sebagai seorang pengembara yang beragama Islam, solat lima waktu adalah perkara yang wajib dan tidak boleh ditinggalkan. Lakukan solat di mana sahaja dan jangan bertangguh yang penting anda tahu di mana arah kiblat. Usah pedulikan orang yang lalu lalang kerana mereka tahu anda adalah seorang musafir.

8. Berusaha Untuk Berkomunikasi

Komunikasi adalah perkara yang paling penting ketika anda pergi mengembara. Lebih-lebih lagi jika anda pergi mengembara ke negara yang masyarakatnya mengutamakan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa Inggeris seperti negara Jepun. Pastikan anda membawa kamus audio elektronik dan sentiasa berusaha berkomunikasi dengan mereka walaupun terpaksa menggunakan bahasa isyarat sekali pun yang penting mesej anda diterima dan mereka faham.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/