8 Tips Menghadapi Musim Panas

tips menghadapi musim panas
musim panas

musim panas

Kebelakangan ini musim panas telah melanda negara kita atas sebab-sebab perubahan cuaca panas di seluruh dunia dan pemanasan global.

Jabatan Metreologi Negara menjangkakan ia akan berterusan sehingga ke penghujung bulan Jun. Segala aktiviti luar yang membabitkan murid sekolah telah dibekukan dengan serta merta untuk mengelakkan berlakunya strok haba yang telah meragut satu nyawa di negara kita.

Oleh itu admin ingin kongsikan beberapa tips menghadapi musim panas untuk anda dan keluarga kekal sihat :

tips menghadapi musim panas

tips menghadapi musim panas

1. Pakai Topi Atau Payung

Ketika musim panas, gunakan topi atau payung ketika keluar dari rumah untuk pergi ke kedai untuk melindungi kepala daripada pancaran haba dan cahaya matahari terus ke badan.

2. Banyakkan Minum Air Masak Dan Isotonik

Banyakkan minum air masak ketika musim panas untuk mengelakkan dehidrasi. Selain air masak, minuman isotonik juga bagus untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh.

3. Jangan Duduk Lama Di Dalam Kenderaan

Elakkan duduk atau menunggu terlalu lama di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin ketika musim panas.

4. Duduk Di Rumah

Lebihkan masa duduk di dalam rumah ketika musim panas dan hadkan aktiviti di luar rumah buat sementara waktu. Keluar hanya ketika perlu sahaja.

5. Pakai Pakaian Yang Tidak Serap Haba

Pakai pakaian yang tidak serap haba ketika musim panas dan elakkan memakai pakaian berwarna hitam kerana warna hitam ialah penyerap haba yang baik. Selain tidak memakai pakaian berwarna hitam, pakai baju yang ringan, longgar atau berwarna terang.

6. Gunakan Kipas Atau Penghawa Dingin

Gunakan kipas atau penghawa dingin ketika musim panas untuk menyejukkan badan di rumah.

7. Pakai Losyen Pelindung Matahari

Pakai losyen pelindung matahari untuk aktiviti di luar rumah ketika musim panas bagi mengelakkan kulit melecur akibat terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama. Gunakan losyen pelindung matahari yang mempunyai SPF 30 ke atas adalah lebih baik.

8. Kurangkan Minuman Berkafein

Ketika musim panas jika boleh elakkan minum minuman berais, berkafein, beralkohol dan bergula kerana pengambilan minuman tersebut boleh menyebabkan cepat dahaga.

Ibu bapa harus memantau aktiviti anak di luar rumah, jangan benarkan anak keluar bermain di luar pada waktu tengah hari ketika cuti sekolah. Musim panas sekarang sudah melebihi suhu yang sangat membimbangkan dan boleh menyebabkan strok haba kepada orang dewasa apatah lagi kanak-kanak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/