8 Tips Sihat Cara Rasulullah SAW

tips sihat cara Rasulullah SAW
tips sihat cara Rasulullah SAW

tips sihat cara Rasulullah SAW

Salam sejahtera pembaca petua bahagia.. semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Apabila kita bercakap tentang kesihatan, bermacam teori dan cara untuk menjaga kesihatan  akan timbul. Hal ini termasuklah dengan menggunakan cara moden seperti memakan makanan tambahan dan juga  petua tradisional. Sebenarnya cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Mengapa admin berkata begitu?..ini kerana Rasulullah SAW jarang ditimpa sakit.

Kali ini admin akan menerangkan lebih lanjut 8 cara atau tips sihat yang patut kita contohi dan ikut untuk kekal sihat dan bertenaga.

1. Bangun Sebelum Subuh.

Suasana waktu subuh adalah sangat nyaman dan pada waktu ini banyak oksigen yang masih belum tercemar yang memang sangat baik untuk kita kekal sihat. Kita disarankan untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat dan qiamulail kerana pada waktu ini kita lebih fokus dan kurang gangguan. Mandi pada waktu sebelum subuh adalah sangat baik untuk kesihatan kerana pada waktu ini, air yang sejuk dapat membuang lemak dalam badan dan juga dapat membuang lebihan angin dalam badan. Cara Rasulullah SAW mandi adalah dari kaki ke kepala bukan sebaliknya.

2. Menjaga Kebersihan

Kebersihan adalah salah satu perkara yang disukai Rasulullah SAW. Dengan menjaga kebersihan juga seseorang itu kekal sihat dan bebas daripada kekotoran yang mengundang kepada datangnya penyakit. Pada setiap hari Khamis atau Jumaat Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat dan memakai wangi-wangian.

3. Makan Secara Sederhana

Rasulullah SAW tidak pernah makan secara berlebihan. Hal ini kerana perut manusia perlu ada 3 bahagian iaitu udara, makanan dan air. Bahagian yang tepat adalah 1/3 untuk setiap bahagian. Makan berlebihan akan menjurus kepada malas dan seterusnya sukar untuk melakukan kerja akibat terlalu kenyang. Rasulullah SAW tidak akan makan sebelum lapar dan akan berhenti sebelum kenyang. Rasulullah SAW juga rajin berpuasa sunat untuk kekal sihat. Apabila kita berpuasa perut kita akan dapat berehat dan melakukan tugasnya dengan lebih baik selepas itu.

4. Tidak Mudah Marah

Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia yang sangat sabar. Bermacam dugaan yang dilalui tetapi dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan berdakwah sehingga ada suatu ketika beliau di baling dengan tahi tetapi beliau tetap sabar. Rasulullah SAW menasihati umatnya dengan mengulang 3 kali “jangan marah”. Hal ini dapat dilihat bahawa kekuatan seorang muslim terletak lebih pada kebersihan jiwa berbanding jasad. Beberapa rawatan untuk seorang yang sedang marah iaitu apabila dia sedang berdiri cuba untuk duduk, dan jika dia duduk cuba untuk baring. Mengubah posisi kedudukan seseorang mampu merawat marah. Selain itu dengan membaca istighfar dan mengambil air sembahyang juga dapat mengawal marah kerana marah itu datangnya dari syaitan.

5. Sentiasa Berfikiran Optimis Dan Tidak Berputus Asa

Sikap optimis dapat mengawal emosi seseorang serta memberikan kesan yang mendalam di dalam jiwanya kerana sikap ini selain kekal sihat ia juga dapat memberi kelapangan jiwa. Selain itu perlulah banyak bersabar diikuti istiqomah, kerja keras dan tawakal kepada Allah SWT.

6. Rasulullah SAW Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah SAW gemar berjalan kaki ke tempat yang dituju. Berjalan kaki dapat mengeluarkan peluh, membuka liang roma dan dapat melancarkan peredaran darah dimana penting dalam penjagaan jantung untuk kekal sihat.

7. Tidak Iri Hati

Untuk menjaga kestabilan diri dan jiwa khasnya, kita seharusnya menjauhi sifat mazmumah dan menghiasi diri dengan sifat mahmudah. Sifat iri hati ini boleh memakan diri sendiri kerana apabila iri hati mengusai diri seseorang boleh hilang pertimbangan dan bertindak diluar jangkaan. Jadi, mengawal sifat ini sangat penting untuk badan kekal sihat dan mendapat ketenangan jiwa.

8. Pemaaf

Apabila bercakap tentang maaf, ramai dia antara kita berkata seolah-olah dia memaafkan tetapi masih mengingati kejadian itu. Cuba untuk bersikap redha dengan apa yang berlaku dan melupakan kejadian yang lepas supaya kemaafan yang diberi itu memberi kelapangan kepada diri kita dan justeru membebaskan kita dari perasaan dendam dan marah. Badan akan lebih sihat jika kita menjadi seorang yang pemaaf.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/