8 Tips Tidur Dalam Penerbangan

Tidur Dalam Penerbangan
Tidur Dalam Penerbangan

Tidur Dalam Penerbangan

Nikmat tidur dalam pesawat semasa dalam penerbangan tidak sama dengan tidur di rumah. Di musim cuti begini pasti ada antara anda yang memilih untuk melancong ke negeri orang kan? Seronoknya! Tapi bila memikirkan perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam dan keatas, dah boleh merasakan kebosanan yang bakal kamu rasa nanti. Manakan tidak, mesti tidur sepanjang perjalanan dalam penerbangan sekiranya kamu memilih menaiki pesawat berbanding melalui jalan raya.

Admin sertakan 8 tips tidur dalam penerbangan di bawah ini supaya tidur kamu selesa dalam penerbangan nanti.

1. Jadual Penerbangan

Cuba pilih jadual penerbangan yang selari dengan waktu tidur kamu. So you don’t have to struggle yourself counting the sheeps!

2. Pilih Tempat Duduk Dekat Tingkap Pesawat

Ketika memilih tempat duduk dalam penerbangan, pilih yang berdekatan dengan tingkap supaya bantal yang kamu sandarkan pada dinding pesawat dapat memberikan keselesaan ketika tidur. Kalau boleh, pilih tempat duduk yang paling depan atau berdekatan dengan pintu kecemasan. Kebiasaannya kawasan ini mempunyai ruang dibahagian kaki yang lapang.

3. Pakaian Sesuai

Berpakaian biarlah yang selesa untuk penerbangan yang lama. Usah pakai terlalu ketat kerana ia akan menyesakkan kamu. Pilih pakaian yang sedikit longgar dan tebal bagi menyesuaikan dengan suhu dalam pesawat yang asyik berubah.

4. Bawa Kelengkapan Tidur

Jangan lupa untuk bawa bersama kelengkapan tidur atau ‘travel sleeping kit’ seperti bantal leher, penutup mata dan selimut kecil.

5. Mendengar Lagu Atau Muzik

Ipod sangat membantu ketika dalam penerbangan yang panjang. Pakai earphone yang kedap bunyi dari sekeliling supaya tidur kamu tak terganggu dek bunyi tangisan bayi di ruang belakang.

6. Elakkan Minum Kopi

Elakkan dari minum kopi atau nescafe sebelum menaiki pesawat. Sebaliknya, perbanyakkan minum air masak (tetapi bukan sebelum kamu tidur!)

7. Berjalan

Sesekali berjalanlah ke depan dan kebelakang bagi melancarkan peredaran darah terutama sekali dibahagian kaki.

8. Pil Tidur

Seeloknya, dapatkan khidmat nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang pil tidur. Pastikan masa penerbangan kamu tidak mengganggu tindakbalas ubat tidur kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya lapan jam untuk bertindak.

Selamat bercuti dan enjoy your flight!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/