9 Amalan Yang Bocor

Amalan Yang Bocor
Amalan Yang Bocor

Amalan Yang Bocor

Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi apa itu amalan yang bocor mengikut definisi yang telah diterangkan oleh pakar motivasi tersohor negara iaitu Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Amalan yang bocor dikatakan iaitu melakukan kebaikan namun kita terlepas pandang pada hal-hal yang kita anggap remeh padahal ia sama seperti perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT tanpa kita sedari.

Antara amalan yang bocor adalah seperti dinyatakan di bawah ini perbuatan yang seolah-olah menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat kita secara umumnya.

1. Membazir Air

Kita ambil wuduk dengan sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.

2. Memfitnah / Mengumpat

Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.

3. Bangga Diri / Riak

Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.

4. Putuskan Tali Silaturrahim

Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.

5. Menyakiti Hati Orang Lain

Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.

6. Berhias Dan Berwangi 

Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.

7. Mengungkit Pemberian

Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

8. Merungut

Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bekas yang BOCOR.

9. Tidak Tahan Dengan Ujian

Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Kesimpulan

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk.

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. Amin

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/