9 Fadhilat Solat Subuh

solat subuh
solat subuh

solat subuh

9 Fadhilat solat subuh

Mengimarahkan surau atau masjid untuk solat berjemaah setiap kali masuk solat fardhu amat dituntut dalam Islam khususnya bagi kaum lelaki. Ini kerana selain hidup bermasyarakat dan mengenali komuniti setempat ia dapat juga mengeratkan siraturrahim sesama Muslim dengan merapatkan saf-saf di ruang masjid. Artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 Fadhilat Subuh. ” Dan dirikanlah solat dari sehingga tergelincirnya matahari sampai gelap malam dan ( dirikanlah pula solat ) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para Malaikat, “ ( Q.S : Al Isra’ 17 : 78 ).

Alangkah ruginya bagi yang merasa berat menunaikan solat subuh di awal pagi secara berjemaah, di saat  manusia yang tebal muka menarik selimut dan sambung tidur kembali tatkala suara azan subuh berkumandang dan tiada perasaan malunya terhadap Allah SWT. Sedangkan besar fadhilat mendirikan solat subuh yang diantaranya ialah :

1. Solat Subuh Membuka Pintu Rezeki

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW menunaikan solat subuh, sesudahnya baginda pulang ke rumah dan mendapati puterinya Fatimah ra sedang nyenyak tidur. Lalu baginda pun mengejutkan Fatimah dengan menggunakan kaki baginda, kemudian berkata kepada puterinya : ” Hai Fatimah bangun dan saksikanlah rezeki dari Rabb-mu kerana Allah menurunkan rezeki kepada hamba-hambanya ketika waktu solat subuh dan terbitnya matahari. “

” Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. “ ( Q.S : At Thalaq : 2 – 3 )

2. Solat Subuh Berjemaah Seperti Solat Semalaman

” Barang siapa yang mendirikan solat isyak secara berjemaah maka ia seperti solat separuh malam. Dan barang siapa yang mendirikan solat subuh berjemaah maka ia seperti solat semalaman. “ ( HR Muslim )

3. Solat Subuh Membezakan Muslim Sejati Dan Orang Munafik

Rasulullah SAW bersabda : ” Solat yang paling berat untuk didirikan oleh orang-orang munafik adalah solat Isyak dan solat subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan menunaikannya hatta terpaksa merangkak sekalipun. “ ( HR Ahmad )

4. Solat Subuh Penyelamat Dari Api Neraka

Rasulullah SAW bersabda : ” Tidak akan masuk neraka orang yang menunaikan solat sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya. “ ( HR Muslim ).

5. Solat Subuh Membuka Pintu-Pintu Syurga

Rasulullah SAW bersabda : ” Barang siapa yang menunaikan dua solat bardain dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Solat bardain adalah solat subuh dan asar. Ia disebut Al Bardain (dua waktu dingin) kerana keduanya didirikan pada waktu dingin siang iaitu subuh dan dingin petang ketika cuaca teduh tiada panas terik matahari.

6. Solat Subuh Disaksikan Oleh Para Malaikat

” Para Malaikat siang berganti-ganti mendampingi kamu dengan para Malaikat malam dan mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan asar setelah itu, Malaikat yang semalaman menjaga kamu naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka (dan Dia lebih tahu tentang apa yang kamu kerjakan) ” Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba-Ku?. “ Lalu para Malaikat menjawab : ” Kami meninggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami datang kepada mereka kembali ketika mereka solat. “ ( HR Bukhari ).

7. Solat Subuh Kunci Kejayaan

” Bahawa Rasulullah SAW apabila hendak menyerbu suatu kaum ketika perang, baginda menundanya sehingga tiba waktu subuh. “ ( HR Bukhari ).

8. Mendapat Perlindungan Allah

” Barang siapa menunaikan solat subuh secara berjemaah, maka ia berada di dalam perlindungan Allah SWT. “ ( HR Ibnu Majah ).

9. Solat Subuh Lebih Baik Daripada Dunia Dan Seluruh Isinya

” Dua rakaat solat subuh, lebih baik daripada dunia seisinya. “ ( HR Muslim Dan Ahmad ).

Masya Allah.. Semoga dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dapat membantu kita lebih mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Sesungguhnya sifat manusia itu tidak lepas dari melakukan dosa dan bersikap lalai dan alpa.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/