9 Fasa Di Alam Kubur

alam kubur
alam kubur

alam kubur

Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur..? Bagaimana kedashyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah…?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”

Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…

Sakarat….. Sakaratul Maut….

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

ajal

Sempena hari Jumaat yang berbahagia ini admin ingin kongsikan dengan pembaca semua mengenai 9 fasa di alam kubur.

1. Fasa Pertama Di Alam Kubur

Jasad mulai membusuk dan bahagian tubuh yang pertama kali membusuk dalah perut dan kemaluan. Semasa hidup manusia seharusnya menjaga dua bahagian penting ini daripada melakukan maksiat dan dosa iaitu makan makanan yang haram atau mengandungi unsur-unsur syubahah, riba dan perjudian. Begitu juga kemaluan yang cenderung melakukan zina kerana tidak tahan dengan godaan duniawi.

2. Fasa Kedua Di Alam Kubur

Organ dalaman tubuh mulai membusuk seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa.

3. Fasa Ketiga Di Alam Kubur

Malam ketiga atau fasa ketiga  di alam kubur, keseluruhan jasad mulai mengeluarkan bau yang amat busuk.

4. Fasa Keempat (Setelah 7 Hari) Di Alam Kubur

Wajah pada jasad mulai membengkak dan nampak dengan jelas di bahagian pipi serta kedua belah mata.

5. Fasa Kelima (10 Hari Pertama) Di Alam Kubur

Tubuh badan akan semakin membusuk

6. Fasa Keenam (14 Hari) Di Alam Kubur

Perlahan-lahan rambut di kepala jasad akan mulai gugur ke tanah dan terurai bersama-sama tanah.

7. Fasa Ketujuh (15 Hari) Di Alam Kubur

Jasad akan mulai dikerumuni oleh haiwan-haiwan berbisa seperti ulat, cacing, ular dan kala jengking.

8. Fasa Kelapan (6 Bulan) Di Alam Kubur

Daging pada tubuh badan mulai menyatu dengan tanah dan hanya tinggal sedikit sahaja pada tulang belulang dan rangka pada jasad tersebut.

9. Fasa Kesembilan (25 Tahun) Di Alam Kubur

Kerangka tulang pada jasad akan rapuh dan reput satu demi satu dan meninggalkan tulang-tulang yang sangat kecil. Dari tulang yang kecil itulah kelak manusia akan dibangkitkan pada hari pembalasan.

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya… Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah SWT dalam keadaan Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah SWT…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/