9 Gaya Rambut Lelaki

Gaya Rambut Lelaki
Gaya Rambut Lelaki

Gaya Rambut Lelaki

Lelaki sememangnya mementingkan gaya rambut terkini untuk digayakan melalui cara pemotongan dan juga pemakaian minyak rambut dan juga pomade. Jika wanita menganggap rambut adalah mahkota diri mereka, tidak terkecuali juga bagi lelaki maskulin yang sangat menitikberatkan hal-hal penjagaan rambut.

Lelaki sanggup membelanjakan duit untuk pergi ke salun rambut untuk mendapatkan gaya rambut yang terkini dan juga khidmat nasihat daripada pakar dandanan rambut demi memastikan penampilan mereka di khalayak ramai mendapat tumpuan dari gadis-gadis ayu di luar sana.

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 fesyen atau gaya rambut lelaki yang popular, trending dan hot pada masa kini seperti yang tertera dibawah ini.

1. Modern Fringe

Bahagian tepi gaya rambut dipotong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas dibiarkan tebal sama ada disikat secara lurus ke belakang atau dibiarkan beralun.

2. Messy 

Dengan gaya rambut ala-ala serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita.

3. Side Part

Gaya rambut yang klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.

4. Short back & Sides

Rambut di potong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah di biarkan panjang.

1. Fade

Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.

2. Man Bun

Gaya rambut yang dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

3. Undercut

Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun.

4. Top knot

Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

5. Pompadour

Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-backtapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/