9 Hikmah Perkahwinan

hikmah perkahwinan
hikmah perkahwinan

hikmah perkahwinan

Apa itu Hikmah Perkahwinan ?

Hikmah perkahwinan ialah kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada pasangan yang ingin berkahwin berupa pemberian rezeki yang tidak disangka-sangka dan dipermudahkan segala urusan perkahwinan itu sendiri biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Apabila seseorang Muslim baik lelaki atau pun wanita akan berkahwin, kebiasaannya akan timbul bermacam-macam perasaan yang akan timbul. Ada perasaan bimbang, risau, resah dan gundah gulana termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Malah ketika dalam proses Ta’aruf sekali pun masih ada perasaan keraguan bermain di hati.

Inilah yang dinamakan hikmah perkahwinan khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang berkahwin dan admin ingin kongsikan 9 hikmah perkahwinan seperti di bawah ini :

1. Bila ingin mendapatkan hikmah perkahwinan, jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah SAW. Jadilah lelaki yang soleh , jadilah wanita solehah. Semoga Allah SWT memberikan hanya yang baik buat kita Aamiin. ” Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). “ ( An Nuur : 26 ).

2. Apa yang perlu ditekankan kepada para lelaki dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga. Hikmah perkahwinan Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para lelaki bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. ” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. “ ( An Nuur : 32 ).

3. Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya dan menjaga hawa nafsu, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah SAW dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang. ” Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya. “ ( HR : Ahmad 2 : 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2 : 160 ).

hikmah perkahwinan

hikmah perkahwinan

4. ” Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. “ ( Ar Ruum : 21 )

5. Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, dalam hikmah perkahwinan bila kita berdoa kepada-Nya nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang baik agamanya, baik hati, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa . Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain-lain. ” Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. “ ( Al Mu’min : 60 ).

6. Ini juga janji Allah SWT di dalam hikmah perkahwinan. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada-Nya dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan sebanyak dua kali dalam Surah Alam Nasyrah. ” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ ( Alam Nasyrah : 5 – 6 ).

7. Allah SWT akan menolong kita, maka kita harus tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran agama Islam iaitu dengan berdakwah dan penyebaran buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian sekolah tahfiz dan sebagainya. ” Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “ ( Muhammad : 7 ).

8. ” Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama )-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. “ ( Al Hajj : 40 ).

9. Itulah janji Allah dalam hikmah perkahwinan. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak atau belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah SWT. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim. ” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat “. ( Al Baqarah : 214 ).

Semoga ianya bermanfaat bagi pasangan muda yang membuat perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini. In Shaa Allah..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/