9 Jenis Senaman Cakar Rimau

senaman

cakar rimau

Senaman Cakar Rimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah.

Berikut di bawah adalah 9 jenis gerakan atau teknik Senaman Cakar Rimau :

1. Senaman Cakar Rimau

Mulakan senaman Cakar Rimau dengan menarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri dengan tangan cuba mencecah sejauh mungkin. Jari kanan harus mencecah lantai dan hembus nafas diulang sebanyak 7 kali. Ulang langkah yang sama dari mula dengan menukar kaki. Gerakan ini dapat membantu lelaki memulihkan tenaga batin.

2. Senaman Tepis Jengking

Senaman Tepis Jengking caranya dengan duduk bersila dan tegakkan belakang kemudian depakan tangan itu separas bahu ke kanan dan bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas. Tukar tangan kiri
dan ulang sebanyak 3 kali. Setelah habis gerakan hembus nafas. Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

3. Senaman Padi Bukit

Caranya duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang kemudian tangan diletakkan di atas lutut. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan tahan selama 6 saat kemudian hembus perlahan-lahan. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan dan ulang sehingga 3 kali. Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

4. Senaman Matahari Naik

Senaman Matahari Naik caranya dengan duduk bersila dan tegakkan belakang. Letakkan tangan di belakang pinggang kemudian tekan pinggang dengan bantuan tangan kemudian tarik nafas dan tahan. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala dan hembuskan nafas. Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

senaman

senaman

5. Senaman Nafas Bertapa

Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki kemudian tarik kaki rapat ke arah badan dan tegakkan belakang. Kemudian tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan, semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu). Tahan sehingga 6 saat dan hembus nafas perlahan-lahan
kemudian ulang sebanyak 3 kali. Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

6. Senaman Rentak Urutan

Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan dan urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar. Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

7. Senaman Tarik Sepadan

Untuk memulakan senaman tarik sepadan duduk bersila dengan tapak kaki yang di rapatkan kemudian kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan dan cuba pastikan lutut mencecah lantai kemudian hembuskan nafas dan kembali ke posisi awal. Gerakan ini dapat membantu lelaki meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian organ dan otot yang membantu dalam aktiviti seksual.

8. Senaman Rentak Lentang

Cara mempratikkan senaman rentak lentang sambung langkah dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai. Tangan masih memegang ibu jari kemudian kembali ke posisi asal. Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

9. Senaman Lenjang Gajah

Cara-cara dan langkah melakukan senaman lenjang gajah ialah duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri. Kemudian langkah kedua tegakkan belakang dan tarik nafas perlahan-lahan sambil meletakkan tangan kanan atas lutut kiri. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi dan hembus nafas ulang sebanyak 7 kali kemudian ulang langkah di atas dengan menukar kaki sebelah. Senaman atau gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/