9 Khasiat Petai

khasiat petai

khasiat petai

Dikenali dengan nama saintifiknya Parkia Speciosa walaupun baunya kurang menyenangkan apabila bernafas pada mulut juga pada air kencing namun khasiat petai memang tidak dinafikan dalam menyingkirkan toksin dalam tubuh badan.

Merupakan sejenis tumbuhan dalam golongan fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Sebab itu ia agak familiar di kalangan masyarakat kita.

Rasanya pahit jika di makan mentah. Tapi yang pahit itulah sedap. Lagi-lagi kalau ianya dicicah dengan sambal belacan, kemudian di makan dengan nasi panas. Fuh! Ia juga boleh direbus, dimasak dan dibuat jeruk, bergantung kepada selera masing-masing. Petai berbau busuk disebabkan oleh kandungan asam amino yang terkandung di dalam bijinya yang mengandungi unsur sulfur.

Berikut dibawah adalah 10 khasiat petai yang memberi kebaikan kepada manusia :

1. Awet Muda

Orang asli mempercayai dengan khasiat petai dapat mengekalkan keremajaan agar nampak lebih muda. Jadi, anda tak perlu ubat mahal-mahal, jadikan petai sebagai makanan ulam-ulaman sahaja sudah cukup untuk awet muda.

2. Membantu Berhenti Merokok

Cuba amalkan makan petai mentah-mentah. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium, dan magnesium salah satu khasiat petai dapat membantu menghentikan tabiat atau ketagihan merokok. Ia juga dapat mempercepatkan kesan tindakbalas nikotin yang masuk ke dalam tubuh.

3. Menghilangkan Rasa Senak

Jika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, khasiat petai adalah ubat yang mujarab. Petai mengandungi anti-asid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.

4. Melancarkan Sistem Pencernaan

Petai mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, serat dan fiber dalam khasiat petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut,diare dan perut berangin.

5. Menurunkan Suhu Badan

Petai dikenali sebagai buah penyejuk badan. Khasiat petai, dipercayai dapat menyejukkan tubuh badan. Boleh cuba di musim-musim panas ni!

6. Menurunkan Darah Tinggi

Kandungan kalium yang tinggi terkandung dalam khasiat petai, tetapi rendah garam mampu menurunkan darah tinggi dan menstabilkan degupan jantung, serta mengurangkan gejala-gejala disebabkan darah tinggi seperti cepat marah dan senang letih.

7. Mengatasi Anemia

Anemia biasanya disebabkan oleh kurang zat besi dalam badan, sehingga menyebabkan penghidapnya jadi lesu, kurang bermaya dan merasa ngilu di bahagian tulang. Oleh itu, khasiat petai adalah antara penawarnya. Petai mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.

8. Mengurangkan Tekanan

Tahukah anda, khasiat petai boleh hilang stress dan mengurangkan tekanan. Kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai mampu meredakan tekanan anda. fungsi tryptophan ialah memperbaiki mood anda. Sebab itu kawan-kawan anda yang suka makan petai selalu happy je.

9. Mencegah Serangan Strok

Salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan strok pada seseorang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/