9 Makanan Tambah Darah

Makanan Tambah Darah
Makanan Tambah Darah

Makanan Tambah Darah

Bagaimanakah caranya untuk kita tambah darah di dalam tubuh badan kita? Kekurangan darah dalam tubuh boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Salah satu penyakit yang berpunca daripada kekurangan darah dalam itu ialah anemia.  Penyakit anemia adalah di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh kurang daripada paras normal.

Tahap normal hemoglobin di antara lelaki dan wanita adalah berbeza-beza. Hemoglobin merupakan protein yang membawa oksigen dalam sel darah merah yang memberikan warna merah pada sel darah merah. Mereka yang mengalami penyakit anemia tidak mempunyai hemoglobin yang mencukupi.

Penyakit anemia yang disebabkan kekurangan darah akan membuatkan seseorang itu nampak letih, lesu dan tidak bermaya.  Jika tidak dibendung, keadaan ini boleh menjadi kronik dan boleh menular di beberapa bahagian tubuh seperti penyakit buah pinggang. Untuk mengatasinya segera dan cara terbaik untuk tambah darah di dalam tubuh badan adalah dengan memilih makanan yang banyak mengandungi zat besi.

Berikut adalah antara jenis makanan paling baik yang membantu tambah darah di dalam tubuh badan manusia :

1. Brokoli

Brokoli adalah salah satu sayuran yang menyediakan banyak zat besi untuk tubuh yang berfungsi membantu tambah darah. Selain itu, brokoli juga merupakan sumber vitamin A, C dan magnesium.

2. Sayur Bayam

Sayur bayam adalah sayuran yang mengandungi banyak zat besi yang membantu tambah darah di dalam tubuh badan. Selain meningkatkan hemoglobin, bayam juga membantu untuk melawan kanser dengan memperlambatkan pertumbuhan sel tersebut.  Jus bayam mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Selain membantu membangunkan sel-sel baru dalam tubuh, ia juga boleh membantu masalah anemia pada wanita.

3. Strawberi

Penyakit anemia dapat diatasi dengan pengambilan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat besi yang tinggi  yang sangat bagus untuk sel darah merah. Strawberi juga mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam darah.

4. Hati

Hati adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi sebagai makanan tambah darah. Ianya boleh didapati daripada hati ayam, hati lembu tetapi hati mengandungi jauh lebih sedikit kalori dibandingkan dengan jenis hati lainnya dan sumber zat besi serta rendah kolesterol.

5. Makanan Laut Dan Tiram

Kerang, tiram dan udang adalah sumber zat besi. Ikan bukan hanya memberikan khasiat asid lemak Omega 3, tetapi juga merupakan sumber zat besi yang baik buat tubuh.

7. Kentang

Kentang mengandungi zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Kentang adalah salah satu sumber terbaik daripada zat besi.

8. Daging Lembu

Daging lembu merupakan makanan yang paling disarankan diambil untuk meningkatkan hemoglobin, tetapi pilihlah daging merah yang tidak mempunyai lemak untuk tambah darah dalam badan anda.

9. Beras Merah

Beras merah memiliki beberapa khasiat kesihatan untuk penurunan berat badan, kolesterol, dan gangguan sistem penghadaman. Beras merah juga mengandungi zat besi yang boleh meningkatkan hemoglobin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/