9 Pedang Milik Rasulullah

yj78k
Pedang Milik Rasulullah SAW

Pedang Milik Rasulullah SAW

Dalam sejarah peradaban dan kegemilangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, baginda memiliki 9 pedang yang digunakan ketika berperang dan juga diberikan oleh para sahabat sebagai menghormati Baginda Rasulullah SAW sebagai pemimpin agung yang berkelayakan memiliki senjata yang mempunyai ukiran seni yang tinggi dan ketajaman yang tiada tolok bandingnya.

Berikut dibawah ini adalah 9 nama pedang yang pernah dimiliki oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

1. Al Ma’thur
Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Madinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.

Sekarang ianya berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan batu emeralds dan firus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufi (khat kufi) ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.

2. Al ‘Adb
Al-’Adb bererti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW ketika sebelum Perang Badar. Baginda menggunakan senjata ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakannya untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang ianya berada di masjid Husain di Kairo Mesir.

3. Zhu Al Faqar
Zhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badar. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikannya kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Zhu Al Faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan bahawa senjata ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar
Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Bani Qaynuqa. Ianya disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :

‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean. Sekarang senjata ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikhabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

5. Hatf
Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan dari Bani Qaynuqa. Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut pada umurnya 20 tahun. Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.

Dia menggunakan senjata ini yang kemudian disimpan oleh suku kaum Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang senjata ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdham
Ada yang mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain bahawa senjata ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin di Syria. Sekarang senjata ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub
Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. Al Qadib
Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga dapat dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika bepergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:

“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”

Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.

9. Qal’a
Pedang ini dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India China. Ulama negara lain bahawa kata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang di ambil dari berbagai lokasi.

Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynuqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika dia menemukan air Zam Zam di Mekah. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”

Senjata ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai reka bentuk berbentuk gelombang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/