9 Petua Hamil Anak Kembar

anak kembar
anak kembar

anak kembar

Tidak semua pasangan yang bertuah mendapat anugerah hamil anak kembar selepas berkahwin. Ini kerana untuk mendapat atau hamil anak kembar ada beberapa petua yang perlu diamalkan dan jika ada pun yang dianugerahkan anak kembar selepas bersalin itu adalah rezeki dari Allah SWT. Namun ada yang berpendapat hamil atau bersalin anak kembar seperti melahirkan anak yang kedua yang jarak dengan anak sulung tidak jauh bezanya. Ini kerana ia melibatkan kos bersalin, dan keperluan asas 2 orang bayi seperti lampin dan susu formula yang menelan belanja yang agak besar.

Disini admin ingin kongsikan 9 petua hamil anak kembar yang boleh diamalkan oleh pasangan :

1. Amalkan Doa Dan Membaca Surah Khusus Di Dalam Al-Quran

Di dalam Al Quran ada  surah-surah khusus yang boleh diamalkan di dalam ikhtiar untuk mendapatkan atau hamil anak kembar. Doa untuk mendapatkan anak kembar ialah dengan mengamalkan Surah As-Syafaat ayat ke 120 dan Surah As-Syura ayat yang ke 50 ketika hamil.

2. Pemakanan

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Mengikut kajian, tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh mendapatkan anak kembar. Ada yang berpendapat, jika minum susu secara teratua dari zaman sebelum berkahwin kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Begitu juga bagi pasangan yang sudah lama berkahwin namun masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak, amalan memakan ubi, kentang dan susu adalah salah satu ikhtiar anda.

3. Genetik

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana genetik yang mempunyai kaitan sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Ia adalah trait yang bermaksud penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

4. Kekerapan Melahirkan Anak

Lagi kerap pasangan anda pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

5. Umur

Mengikut kajian, wanita yang berumur 35 – 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mendapatkan rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

6. Berat Badan Dan Ketinggian

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang mempunyai lebih berat badan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar dengan izin Allah SWT.

7. Diet

Amalan diet pemakanan dan pengambilan makanan yang tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

8. Pengambilan Ubat Kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 1o peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

9. Hamil Di Lewat Usia

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya ada cara atau ikhtiar yang berisiko untuk hamil atau mendapatkan anak kembar dengan hamil di lewat usia, hamil ketika menyusui bayi, hamil ketika obesiti. Risikonya adalah kandungan tidak sihat dan keguguran.

Semoga dengan perkongsian petua untuk hamil anak kembar di atas dapat membantu pasangan yang berkeinginan untuk berikhtiar. Walaupun petua di atas berdasarkan kajian dan survey namun ia tidak semestinya berkesan tanpa izin Allah SWT. Sertakan ikhtiar dan usaha dengan banyakkan berdoa dan memohon kepada-Nya. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/