9 Petua Kulit Muka Licin

Petua Kulit Muka Licin
Petua Kulit Muka Licin

Petua Kulit Muka Licin

Kaum wanita sememangnya amat menitikberatkan soal kecantikan dan kulit muka licin. Ada yang sanggup menghabiskan banyak duit dan perbelanjaan bagi memastikan impian mereka untuk miliki kulit muka licin dan gebu tercapai. Bukan wanita sahaja malahan kaum lelaki juga kini semakin peka akan soal penjagaan kecantikan dan penjagaan diri bagi memiliki kulit muka licin dan bersih.

Ramai perempuan mahupun lelaki mengimpikan kulit muka licin yang cantik. Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli produk mahal dan istimewa untuk memastikan mereka memiliki kulit muka licin. Suatu usaha yang konsisten dan betul harus dilakukan untuk untuk memiliki kulit muka licin dan cantik lembut bak sutera.

Selain berbelanja mahal bagi mendapatkan kulit muka licin, lembut dan cerah, apa kata anda cuba mengamalkan petua tradisonal untuk melicinkan kulit muka.

9 Petua Miliki Kulit Muka Licin Dan Gebu

1. Tepung Sagu

Campurkan tepung sagu dengan air. Kemudian sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk.

2. Ubi Kayu

Parut sebiji ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering dan cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.

3. Putih Telur

Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Ubi Kentang

Parut sebiji ubi kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

5. Lobak Merah, Kuning Telur Dan Limau Nipis

Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

6. Madu Lebah

Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar tepung. Sapukan campuran tadi ke muka anda. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam.

7. Kulit Telur

Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka dan urutkan kulit muka perlahan-lahan. Kemudian basuh dengan air suam.

8. Bunga Cempaka Dan Melur

Kisar 5 kuntum bunga Cempaka dan 5 kuntum bunga Melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.

9. Serbuk Teh

Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan. Biarkan selama tiga minit kemudian bilas bersama air suam.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/