9 Punca Disfungsi Ereksi

mati pucuk
disfungsi ereksi

disfungsi ereksi

Tahukah anda bahawa lelaki yang menghidap kencing manis (diabetes) sering dikaitkan dengan masalah utama disfungsi ereksi atau pun mati pucuk yang dihadapi oleh lelaki?

Disfungsi ereksi adalah satu keadaan di mana seseorang lelaki tidak berupaya untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan seks.

Kajian menunjukkan, lelaki yang menghidap diabetes berisiko 3 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat masalah disfungsi ereksi berbanding dengan lelaki normal. Kebiasaannya, lelaki yang mengalami disfungsi ereksi akan merasa tertekan kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab seorang suami kepada pasangannya.

Oleh yang demikian, pencegahan dan rawatan untuk menangani masalah disfungsi ereksi perlu diutamakan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

1. Berhenti Merokok 

Kandungan Nikotin di dalam tembakau akan menyempitkan saluran darah dan boleh membawa kepada atau memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi yang memberi isyarat kepada tubuh untuk pengaliran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar sukar untuk menegang.

2. Elakkan Mengambil Minuman Keras

Alkohol akan merosakkan saluran darah dan memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi.

3. Mengawal Tekanan Emosi 

Terdapat pelbagai cara untuk mengawal tekanan dengan mudah seperti mengawal kemarahan, teknik pernafasan, teknik relaksasi dan mendapatkan nasihat atau pandangan dari seseorang yang rapat dengan anda.

4. Senaman

Dengan senaman boleh meningkatkan aliran darah, meningkatkan mood dan tenaga, dan seterusnya akan mengurangkan tekanan anda. Mulakan senaman yang mudah untuk permulaan seperti berjogging atau berjalan kaki setiap hari.

5. Tidur Yang Cukup 

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya pada waktu malam kerana semakin banyak bukti menunjukkan mereka yang tidak cukup tidur mengalami disfungsi ereksi dan dalam kebanyakkan kes, turut mengalami masalah mati pucuk.

6. Faktor Psikologi

Kebimbangan dan stress boleh memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi. Oleh yang demikian, anda harus mencari seseorang yang mampu memberi nasihat tentang cara-cara untuk mengurangkan tahap stress anda.

7. Ketepikan Perasaan Malu Berjumpa Doktor

Ramai lelaki keberatan untuk membincangkan isu disfungsi ereksi kepada doktor mereka. Tetapi jangan biarkan rasa malu dan ego menyebabkan anda terlepas daripada mendapat bantuan kerana satu komunikasi yang kecil boleh membuat satu perubahan yang besar buat diri anda.

 

8. Berbincang Dengan Doktor

Berbincang dengan doktor tentang masalah kesihatan yang lain yang mungkin anda hidapi. Adalah biasa bagi orang yang mengalami diabetes mempunyai penyakit kronik yang lain yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi.

9. Pastikan Ubat-Ubatan Anda.

Tanya doktor anda sama ada ubat-ubatan yang sedang diambil boleh memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan atau tekanan darah tinggi.

Produk-produk kami seperti gambar dibawah ini adalah ALTERNATIF kepada penyelesaian masalah DISFUNGSI EREKSI anda !

Produk Kesihatan Seks Lelaki

Produk Kesihatan Seks Lelaki

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/