9 Punca Hidung Tersumbat

Punca Hidung Tersumbat
Punca Hidung Tersumbat

Punca Hidung Tersumbat

Sesiapa sahaja pernah mengalami masalah hidung tersumbat, samada bayi mahupun orang dewasa. Kesukaran bernafas akibat hidung tersumbat antara gangguan yang boleh menyebabkan seseorang merasa sesak nafas, tidur berdengkur, bernafas melalui mulut, suara sedikit sengau, sakit kepala, berat kepala, letih dan lesu. Malah pernafasan juga menjadi lebih pendek kerana perlu bernafas melalui mulut.

Ruang hidung manusia terbahagi kepada dua iaitu di sebelah kanan dan kiri. Ia dipisahkan oleh tulang tengah iaitu ‘septum’. Masalah hidung tersumbat boleh berlaku berlaku apabila tisu dan saluran darah dalam hidung membengkak dan mengandungi banyak cecair atau jika membran hidung terlalu kecil.

Pada peringkat umur kanak-kanak tisu adenoid yang besar seringkali menjadi punca hidung tersumbat. Terdapat juga insiden di mana bendasing menyebabkan sebelah hidung tersumbat dan berair pada kanak-kanak.

2 Punca Hidung Tersumbat

1. Alahan 

Terdapat banyak agen yang menjadi perangsang alahan seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan atau sel kulit serangga yang mati. Justeru, setiap individu yang mempunyai masalah alahan perlu mengambl tahu agen perangsang alahan yang boleh masalah kepada mereka.

2. Jangkitan Virus

Kebanyakan punca hidung tersumbat adalah berpunca daripada jangkitan virus akibat selsema. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian biasanya lebih kerap mendapat selsema kerana antibodi mereka masih lemah. Virus selsema biasanya berjangkit melalui sentuhan tangan ke hidung.

3. Rongga Sempit

Rongga hidung yang sempit secara semulajadi atau akibat kecederaan pada tulang hidung.

4. Bengkak

Bengkak pada mukosa hidung (turbinates) akibat jangkitan seperti selsema, alahan hidung atau trauma.

5. Kemasukan Objek

Rongga hidung tersumbat akibat objek dimasukkan ke dalam hidung.

6. Ketumbuhan

Ketumbuhan dalam hidung seperti polip, tumor atau kanser.

7. Hidung Kering

Hidung terlalu kering atau pengumpulan lelehan hidung yang kering.

8. Perubahan Suhu

Tindakbalas pada perubahan suhu sekitar (vasomotor rhinitis), perubahan hormon (kehamilan, haid) atau pengambilan makanan tertentu.

9. Ubat

Kesan alahan daripada pengambilan ubat tertentu.

 

5 Langkah Untuk Mengurangkan Hidung Tersumbat

  1. Tutup sebelah lubang hidung dengan menekannya menggunakan ibu jari. Kemudian, hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang teknik ini untuk sebelah lagi sehingga anda boleh bernafas dengan baik.
  2. Semburan hidung secara umumnya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
  3. Amalkan minum banyak air putih.
  4. Tinggikan sedikit kepala anda ketika tidur untuk mengelakkan hidung tersumbat. Kaedah ini sangat berkesan pada kanak-kanak.
  5. Anda boleh menggunakan pelekat pada hidung yang dijual di farmasi. Walaupun pelekat hidung ini direka untuk mengatasi masalah berdengkur, ia juga boleh digunakan untuk masalah hidung tersumbat kerana ia dapat membantu meluaskan rongga hidung yang membuatkan pernafasan lebih lancar.

 

Rawatan Hidung Tersumbat

Rawatan hidung tersumbat bergantung kepada puncanya. Sekiranya ia berkaitan demam selsema, rawatan perubatan dapat memulihkan hidung tersumbat yang selalunya bersifat sementara.

Rawatan perubatan yang sering disyorkan ialah ubat sembur hidung dan pil dalam pelbagai kombinasi. Antibiotik juga perlu diambil sekiranya ada jangkitan bakteria.

Sekiranya rawatan perubatan gagal untuk memulihkan masalah hidung sumbat, pakar ENT mungkin mengesyorkan pembedahan. Jenis pembedahan bergantung kepada punca masalah hidung tersumbat. Contohnya pembedahan septum (septoplasty) adalah untuk pesakit yang mengalami tulang septum yang bengkok. Terdapat juga pembedahan turbinat hidung untuk mengecutkan selaput yang bengkak.

Manakala, endoscopic sinus surgery pula disyorkan bagi mereka yang bermasalah polip hidung dan sinusitis. Tisu adenoid yang bengkak juga boleh dibedah sekiranya rawatan perubatan gagal.

 

3 Petua Melegakan Hidung Tersumbat

1. Minyak Kayu Putih

Sapukan minyak kayu putih di betis dan juga tapak kaki dan pakailah stokin setiap malam. Anda juga boleh menyapukan minyak kayu putih dekat ubun-ubun kepala dan juga dada.

2. Gunakan Vicks

Sapukan vicks kat dada, hidung, belakang tengkuk, dahi, dan ubun-ubun.

3. Steam Dan Percussion

Ambil satu besen kecil yang muat untuk seluruh muka anda. Kemudian letakkan air panas dan wapkan muka. Tutupkan bahagian kepala anda dengan towel mandi untuk memudahkan proses penyerapan wap-wap panas itu.

 

Info Ekstra Petua Bahagia

3 Cara Melegakan Hidung Tersumbat Menggunakan Bahan Semulajadi:

1. Kapur Sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan secara nipis pada batang hidung anda. Ia dapat melegakan hidung tersumbat dan membuatkan anda tidur lena.

2. Bawang Putih

Bakar seulas bawang putih beserta kulitnya hingga kulit kehitaman dan kemudiannya hancurkan dalam sesudu minyak masak ataupun olive oil. Ramuan yang telah dicampurkan tadi kemudiannya disapu pada bahagian dada, belakang badan dan batang hidung. Amalkan 3 kali sehari.

3. Kunyit Hidup

Ambil sebuku kunyit hidup dan potong serong lalu sapukan pada batang hidung. Cara ini dapat mengeringkan selsema dan melegakan hidung tersumbat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/