9 Sikap Buruk Ditegah Islam

sikap buruk

Beramal tapi berdosa

Kadang-kadang kita tidak sedar dalam kehidupan kita seharian ada sikap buruk yang kita tidak perasan yang sudah menjadi sebati di dalam diri kita. Namun sebagai seorang yang beriman kita hendaklah bersikap berlapang dada dan sedia ditegur oleh sahabat sekiranya sikap buruk kita itu menyakiti hati dan membuatkan orang disekeliling kita terganggu.

Berikut adalah 9 sikap buruk yang ditegah oleh ajaran Islam.

1. Sikap Buruk Suka Menyalahkan Orang Lain

Kita kerap berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT namun apabila kita diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan Allah SWT atau orang lain yang menjadikan hidup kita terseksa begini dan secara tidak langsung tidak beriman kepada rukun Iman yang ke-enam percaya pada Qada’ dan Qadar Allah SWT.

2. Sikap Buruk Suka Merungut

Sebagai ketua keluarga semestinya kita sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak isteri, namun kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah sekaligus tiada kejujuran dan keikhlasan di dalam membahagikan masa berkualiti bersama insan yang tersayang.

3. Sikap Buruk Suka Mengungkit

Kita mengikut ajaran Islam dengan memuliakan tetamu malah kita juga suka memberi namun disebalik sikap terpuji itu terpalit sikap buruk dengan kita suka memburuk-burukkan tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian kita kepadanya.

4. Sikap Buruk Suka Berhias-Hias Secara Melampaui Batas

Kita suka menghabiskan wang ringgit dengan berhias-hias secara melampaui batas dengan pakaian cantik yang mahal dan wangian yang semerbak dan boleh menarik perhatian orang bukan muhrim yang terpesong asal daripada tujuan asal bukan untuk suami atau isteri dengan tujuan untuk memikat.

5. Sikap Buruk Suka Menyakiti Hati Orang Lain

Kita kuat beramal dengan solat fardhu, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir pagi dan petang namun kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyinggung perasaan mereka.

6. Sikap Buruk Suka Memutuskan Ikatan Silaturrahim

Kita bangun solat tahajud, berpuasa dan taat kepada perintah Allah SWT namun kita suka memutuskan ikatan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci.

7. Sikap Buruk Riak

Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita berasa bangga diri dan riak dengan amalan sedekah itu tadi.

8. Sikap Buruk Suka Mengumpat

Kita solat, bersedekah, membaca Al-Quran, pergi menunaikan ibadah haji dan umrah banyak kali namun kita sering memfitnah atau mengumpat orang.

9. Sikap Buruk Suka Membazir

Kita suka belanja ahli keluarga dan kawan-kawan makan namun kadang-kadang sikap berbelanja dengan keterlaluan akan menyebabkan pembaziran. Membazir itu adalah saudara syaitan.

Sikap buruk di atas adalah diibaratkan seperti melakukan amalan di dalam bekas yang bocor dimana amal ibadat yang kita lakukan pahalanya akan terhakis sedikit demi sedikit akibat daripada sikap buruk kita yang telah kita lakukan tanpa kita sedari.

” Katakanlah : Apakah akan Kami

beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? “. Iaitu orang-orang

yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,

sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. “

( Al-Kahfi 103 – 104 )

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/