9 Tanda Diet Error

Tanda Diet Error
Tanda Diet Error

Tanda Diet Error

Diet error adalah salah satu punca diet salah yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada anda. Ramai orang di luar sana yang ingin mengamalkan diet bagi mendapatkan bentuk badan yang langsing dan seksi pada masa yang sama dapat menjaga kesihatan untuk mengelak daripada serangan penyakit.

Percaya atau tidak, punca utama kebanyakan masalah kesihatan adalah daripada tabiat pemakanan yang tidak baik atau lebih dikenali sebagai diet error. Kalau rasa keliru dengan gaya diet error yang diikuti itu sesuai atau tidak untuk tubuh, anda boleh mengenalinya melalui 9 tanda-tanda diet error dibawah ini.

1. Jadi Cepat Lemau
Menggabungkan bijirin penuh dengan protein tanpa lemak boleh membantu menstabilkan tahap gula dalam darah dan membantu tahap tenaga bertambah. Rasa lesu juga boleh disebabkan oleh kurangnya pengambilan vitamin C.

2. Jejas Sistem Imun
Kalau selalu sangat sakit, anda perlu memilih makanan kaya nutrien. Pengambilan vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, dan E, zink, selenium, besi dan asid folik memainkan peranan penting dalam merangsang imuniti.

3. Luka Lambat Sembuh
Penyembuhan luka yang buruk menunjukkan bahawa anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan tubuh akibat daripada diet error. Pengambilan kalori dan protein adalah perlu untuk penyembuhan luka dengan sempurna.

4. Masalah Pencernaan
Masalah pencernaan boleh kerap menjadi tanda pengambilan serat rendah, terutamanya serat boleh larut. Cirit-birit dan sembelit boleh berlaku sebagai kesan pengambilan serat yang tidak secukupnya.

5. Rambut Makin Teruk
Folikel rambut yang sihat juga tidak terkecuali kena tempias akibat daripada diet error ini. Kelaparan membawa kepada kekurangan tenaga daripada protein menyebabkan kerapuhan pada rambut atau paling teruk, keguguran rambut. Diet yang rendah protein dan kekurangan asid lemak perlu, vitamin C, zink serta zat besi dikaitkan dengan keguguran dan penipisan rambut.

6. Penuaan Pramatang
Diet yang kaya dengan vitamin A,C, D dan E, serta mengandungi antioksidan memiliki kesan baik terhadap had penuaan kulit. Nak kekalkan penampilan muda, anda kenalah makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber perlindungan kulit.

7. Gusi Berdarah
Kalau anda selalu menghadapi masalah gigi seperti radang atau pendarahan pada gusi, kehilangan gigi, sakit mulut dan karies pergigian ini boleh jadi tanda besar yang anda kena tukar cara pengambilan makanan dan kurangkan diet error. tanda tabiat pemakanan yang perlu diubah. Kekerapan terdedah kepada gula boleh memberi kesan negatif pada gigi. Nak kurangkan bengkak dalam mulut, kena ambil makanan kaya vitamin C seperti strawberi, tomato, sayuran hijau dan ubi kentang.

8. Berat Badan Naik Turun
Kehilangan berat badan yang tak dijangka penunjuk besar kepada kekurangan zat akibat daripada diet error. Berat badan yang tidak dijangka pula menunjukkan bahawa diet anda banyak mengandungi kalori kosong yang menambah berat tapi memberikan nilai khasiat yang sedikit pada tubuh. Untuk membantu mengekalkan berat yang sesuai dengan tubuh, anda kena tingkatkan pengambilan makanan yang penuh dengan serat dan protein tanpa lemak.

9. Otak Lambat ‘Tangkap’
Tanda paling mudah diet error, anda cepat lupa dan lambat ‘pick up’. Otak manusia bergantung pada khasiat pemakanan yang baik, terutamanya dalam pengambilan asid lemak omega-3 yang secukupnya bagi memastikan sihat dan berfungsi dengan sempurna.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/