9 Tanda Jadi Hamba Dunia

hamba dunia
hamba dunia

hamba dunia

Apa yang dimaksudkan dengan hamba dunia? Hamba dunia bermaksud manusia yang sangat cintakan hal-hal keduniaan sehingga melupakan saham akhirat seperti melakukan amal ibadat dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Berbeza dengan orang yang soleh tahu membezakan dan seimbangkan hal-hal keduniaan dan akhirat. Artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 tanda-tanda manusia itu menjadi hamba dunia.

1. Malas Beribadah

Tanda pertama manusia itu menjadi hamba dunia ialah dia akan merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan sesuatu ibadah. Kebiasaannya manusia seperti ini suka bertangguh dalam melakukan solat dan sering meninggalkan solat.

2. Membuang Masa

Hidup manusia yang menjadi hamba dunia masanya banyak dihabiskan pada benda-benda tidak berfaedah dan melalaikan seperti banyak menghabiskan masa menonton tv, melayari Facebook dan aplikasi WhatsApp sehingga terlupa akan perkara yang lebih penting yang perlu dilakukannya. Banyak mensia-siakan banyak waktu melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

3. Takut Dan Lupa Pada Kematian

Manusia yang menjadi hamba dunia biasanya melalui hari-hari tanpa sedikit pun memikirkan hal kematian, bahkan mereka ini takut dan benci pada kematian.

4. Memandang Pangkat Dan Harta

Hidup seorang manusia yang menjadi hamba dunia selalu membeza-bezakan orang melalui pangkat dan harta seseorang itu. Pada pandangan mata mereka pangkat dan harta itu menjamin kesenangan dan kebahagiaan seseorang itu sedangkan dalam agama Islam manusia sama sahaja cuma yang membezakannya cuma amal ibadah yang dilakukan di atas dunia ini.

5. Menjaga Hati Manusia Berbanding Mencari Redha Allah

Manusia ini lebih menjaga hati manusia berbanding mencari redha Allah jika berbuat sesuatu. Takut pada kehilangan pangkat dan kuasa jika menegur sesuatu yang salah kepada pemimpin. Menjadi pak turut dan senang dibeli dengan wang ringgit berbanding menegakkan hukum Allah.

6. Cintakan Harta Benda

Mereka yang menjadi hamba dunia lebih menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin dimiliki sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

7. Berfikiran Jauh Ke Hadapan

Manusia yang menjadi hamba dunia ini selalunya merancang kehidupan hingga terlalu jauh ke hadapan seolah-olah hidup di dunia ini kekal abadi baginya.

8. Majlis Ilmu Sebagai Mengisi Waktu Lapang Sahaja

Mereka menjadikan aktiviti dan majlis ilmu agama sebagai aktiviti mengisi waktu lapang sahaja setelah sibuk bekerja.

9. Berkawan Dengan Manusia Yang Cintakan Dunia

Kebanyakan kawan-kawan yang berkawan dengan mereka ini tidak mengingatkan mereka kepada Allah SWT. Selalu berbicara tentang hal-hal keduniaan dan tidak mengajak pergi solat berjemaah di masjid setiap kali tiba waktu solat.

Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim yang sejati kita hendaklah seimbangkan dalam hal-hal keduniaan dan akhirat. Ini kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Jangan jadikan diri kita sebagai hamba dunia dan menjauhkan diri daripada syurga Allah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/