9 Tanda Kekasih Clingy

Kekasih Clingy
Kekasih Clingy

Kekasih Clingy

Wanita atau kekasih clingy (suka melekat atau berkepit 24 jam) mungkin menjadi pilihan sesetengah lelaki kerana sikapnya yang manja mengambil berat dan mengada-ngada. Tetapi apabila terlalu manja dan asyik menempel di sisi pasangan akan menimbulkan rasa rimas pada sesetengah lelaki.

Di sebalik sikap manja yang berlebihan ini terdapat satu keistimewaan mengenai kekasih clingy ini iaitu KESETIAAN yang tak pernah berbelah bagi terhadap kekasih hatinya. Jika anda demam kekasih clingy inilah yang akan bersama teman pergi berjumpa doktor dan masakkan bubur supaya anda cepat sembuh dan begitu jugalah jika anda di dalam kesusahan kekasih clingy inilah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan semampunya.

Berikut di bawah ini admin kongsikan 9 tanda ialah seorang kekasih clingy.

1. Berprasangka Buruk

Jika anda beranggapan atau berprasangka buruk begini melalui tingkah lakunya yang mengambil remeh akan pengorbanan cinta anda, tiba masa untuk anda melupakan lelaki ini. Percintaan melibatkan dua hala. Anda dan dia perlu sama memerlukan dan mencintai. Apabila dia berjanji untuk keluar bersama anda, namun membatalkannya di saat akhir semata-mata ingin keluar bersama rakan-rakannya, ada sesuatu yang tidak kena. Jangan sesekali membolehkan dia meletakkan diri anda sebagai kedua terpenting dalam hidup selepas rakan-rakannya.

2. Tidak Beri Ruang

Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki yang lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak. Jangan jadi kekasih clingy yang tidak boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa.

3. Keluar Ngeteh 

Kekasih anda lebih suka menghabiskan masa ngeteh bersama kawan-kawannya daripada anda. Ini menunjukkan kekasih anda lebih selesa duduk melepak bersama kawan-kawan berbanding anda yang suka berkepit 24 jam.

4. Bergayut 24 Jam

Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih clingy mereka di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya.

5. Berharap 

Benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda. Get a life!Jangan sentiasa berharap dan menunggu dia untuk membuatkan hari anda jadi bermakna.

6. Terlalu Mengongkong Dan Menyibuk

Jika pun kekasih anda mempunyai kalangan teman yang asyik menyusahkan, jangan pula anda menghasut agar dia menyingkirkan rakannya dari hidup. Anda sendiri sebagai kekasih clingy bukanlah terlalu baik untuk berkata begitu. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia yang menentukan hidupnya sendiri.

7. Jangan Menyusahkan 

Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!

8. Cemburu Buta

Takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri. Mungkin kerana anda sudah terlalu banyak masa yang dihabiskan bersama anda. Dia beranggapan yang anda sentiasa ada ketika dia mahu anda di sisi dan anda rasa tersisih kerana tidak mempunyai agenda selain dia dalam hidup. Jalankan hobi yang anda ada. Pergi bersenam untuk bentuk badan yang lebih sihat dan menarik. Atau lepak bersama teman baik anda. Jadikan DIA yang terlalu ingin bersama anda.

9. Mengerah Sepenuhnya

Namun, lain halnya apabila 23 jam dia menghabiskan masa bersama anda, dan meminta hanya 1 jam untuk bermain badminton bersama temannya. Dia sanggup melakukan segalanya dan anda masih katakan yang dia tidak mencintai anda, ini salah. Terbukti anda adalah seorang kekasih clingy!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/