9 Tanda Lelaki Jatuh Hati

Tanda Lelaki Jatuh Hati
Tanda Lelaki Jatuh Hati

Tanda Lelaki Jatuh Hati

Pernahkan anda jatuh hati dengan seseorang yang berjaya membuatkan tulang rusuk kiri anda bergetar kerana wanita atau perempuan tadi berjaya membuatkan anda terpikat pada kecantikannya, penampilannya, perwatakannya atau layanannya yang sangat baik terhadap anda.

Sememangnya orang lelaki cukup terkenal dengan egonya yang tinggi. Mereka akan cuba menafikan yang mereka sedang jatuh hati sedangkan dalam hati sedang berbunga-bunga apabila terlihat atau bersama dengan wanita yang diminatinya.

Baiklah mari kita lihat 9 tanda lelaki mula jatuh hati kepada wanita yang diminatinya dan mungkin anda adalah wanita yang bertuah itu.

1. Dia Berkongsi Perasaan Dengan Anda

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia sedang jatuh hati lalu mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

2. Dia Cemburu

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang jatuh hati dan sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda.  Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

3. Dia Melindungi Anda

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di  sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

4. Dia Selalu Menghubungi Anda

Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia dah jatuh hati dan rindu nak dengar suara anda, dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam, ehem ehem..adalah tu!

5. Dia Selalu Memerhatikan Anda

Bila anda bercakap dengan orang lain, mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat atau jatuh hati kepada anda.

6. Dia Amat Berguna

Adalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa. Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!

7. Selalu Puji Anda

Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak kekok untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya.

8. Bersetuju Dengan Pendapat Anda

Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.

9. Dia Melakukan Perkara Gila-Gila Untuk Anda

Cinta membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda. Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/