9 Tips Bercukur

Bercukur

Bercukur

Bercukur

Rasanya tidak lengkap hidup seorang lelaki maskulin jika tidak melakukan aktiviti bercukur. Bercukur dan merapikan kumis dan janggut yang tumbuh tidak sekata pada wajah agar kelihatan lebih kemas dan berpenampilan lebih meyakinkan. Sebaliknya berlaku bila janggut dan kumis tadi dibiarkan tanpa penjagaan pastinya orang akan menganggap lelaki ini kusut, serabai, tidak terurus dan mempunyai masalah.

Bagi lelaki, bercukur itu sudah pasti menjadi rutin lazim yang dilakukan apabila rerambut di bahagian wajah sudah mula menebal. Ianya demi memastikan wajah sentiasa dalam keadaan terjaga dan kemas. Namun, tidak semua lelaki tahu yang mereka sering melakukan kesilapan ketika bercukur.

Pada artikel kali ini, admin ingin kongsikan 9 tips bercukur yang boleh membantu anda agar kelihatan kemas dan mengelakkan pantang larang ketika bercukur.

1. Tidak Mempraktikkan Post-Shave

Setelah menyapu rata krim buih pencukur, cukur, bilas dan melalui beberapa proses yang lain, lihat terus ke arah cermin. Ini kerana untuk memastikan tiada sebarang rerambut yang tercicir atau terlepas pandang.

2. Kerap Tukar Bilah Pencukur

Setiap orang perlu menukar pencukur dengan lebih kerap kerana ianya juga bergantung pada hygiene seseorang. Pencukur secara amnya tidak bertahan terlalu lama. Dengan 3-5 cukuran, ianya sudah sepatutnya dibuang.

3. Jangan Bercukur Dengan Kasar

Apabila menyentuh tentang tekanan mencukur, kurang tekanan adalah lebih elok. Semakin kuat anda mencukur, semakin teruk kulit wajah.

4. Bawah Dagu Dan Leher

Cara yang paling membuatkan wajah tampak hilang kesegaran adalah apabila anda membuat keputusan untuk tidak mencukur di bahagian bawah dagu. Sebagai satu peraturan mencukur secara sempurna adalah dengan mencukur dari wajah terus ke bahagian bawah dagu dan leher.

5. Bilasan Air Sejuk

Air bersuhu rendah membuatkan pori wajah mengecut dan ia menjadikan lebih susah untuk krim pencukur menembusinya dengan mudah dan menyukarkan bilah pencukur untuk melakukan kerjanya. Cara yang betul adalah dengan membilas kulit wajah dengan air bersuhu sederhana panas untuk membantu pori kulit terbuka luas dan sekaligus melembutkan akar rerambut.

6. Pelembap Muka

Jika anda inginkan cukuran yang lembut dan lancar, anda perlulah memastikan kulit cukup lembapan. Gunakan minyak pre-shave ke atas rerambut jambang dan biarkan ia selama beberapa minit sebelum bercukur untuk ia menghasilkan kesan yang lebih baik.

7. Buih Berbusa

Krim buih berbusa yang hadir dalam bentuk tin yang mudah didapati di kedai serbaneka sememangnya murah, tetapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan kulit kemerahan dan terbakar disebabkan krim buih berbusa sebegini selalunya tidak diformulasikan dengan tepat dan selamat untuk kulit wajah. Anda memerlukan krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan yang baik untuk kulit.

8. Melawan Arus

Ini adalah kesilapan yang paling lazim lelaki lakukan. Aktiviti bercukur sepatutnya dilakukan mengikut satu arah yang sama dengan pertumbuhan rambut untuk mengelakkan dari lecuran bilah pencukur, kerengsaan atau pertumbuhan rerambut yang terbantut.

9. Bercukur Terlalu Tinggi

Kesalahan seterusnya adalah ketika lelaki mencukur rerambut sisi terlalu pendek. Bagaimana untuk mengetahui adakah sudah cukup tinggi kadar cukuran itu? Cukur sehingga separuh tinggi cuping telinga dan berhenti.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/